BEN ASHAARI

Wednesday, October 10, 2012

GULAI REBUNG DENGAN UDANG...

rsz_dsc_1402 (1)
Salam semua, maaf lah hari ni lauk ulang tayang dan atas permintaan Bak, mat masakkan saja, tapi aku rembat gak lah makan..errr..hehe. Cuma kali ni guna udang biasa. Ada sikit kelainan rasa nya. Agak kurang manis. Kalau guna udang laut, serius kuah dia rasa lain. Isi udang pun agak berbeza. Resipi ini mat guna rebung buluh betong. Bukan sendiri punya, tapi ada orang hantar dan kami beli dari beliau, dan bonda siap2 siang dan hiris nipis. Kalau ikut petua, nak kasi rebung tadi lagi sedap, celur dengan air kelapa. Mat masak kurang lebih 1 kg rebung yang telah dihiris. Rebung selain dimasak macam ni, sedap juga dibuat acar, masak lemak cili padi (errrr....masak lemak lagi...pengggsannn) dan juga dicampur dalam asam pedas (yang ni mat belum test lagi). Selain itu, ia juga sesuai dijeruk, cuma tak semua orang makan. Sebab bau dia ada sikit kuat.....kalau tak iye2, sampai melekat di celah2 jari dan kuku anda keharuman dia...Ok jommm kita lihat resipi, alaa yang biasa2 ajee tak susah mana pun...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg hirisan rebung, celur dan toskan
300 gram udang besaiz sederhana, kupas kulit, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
10 biji cili padi kampung (optional)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan rebung yang telah dicelur tadi ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor. bahan kisar halus dan udang. Kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cari dan jika perlu boleh tambah sedikit air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masak hingga rebung lembut. Masukkan daun dan bunga kunyit. Tuang pati santan. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng....


4 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

jangan pengsan dulu Cik Mat, hehehe. Masakan kampung ni memang masak lemaklah yg sedapkan..

terus terang tak berapa kenal sangat udang laut ngan udang kolam, asal nampak besar jer rembat.. agaknya kalau longgok banyak2 tu yg udang kolam ye, kalau sikit2 tu udang laut.. errr..

rajinnya Mak Yah siang rebung tu, tak tahu pulak nak kena rendam ngan air kelapa petuanya tu, mak sy selalu rendam air garam jer, lain kali sy bgtahu mak.. tq, CMG.

Mat Gebu said...

@ sari - salam kak sari...err..kalau celur je kak, campur dengan air kelapa. kalau nak rendam biasa tu mmg guna air + garam. Air kelapa tu pun dari kelapa yang kita guna utk masak rebung.

Chah said...

Pengsannn!!! Lomak cili api ngan udang galah baru kena pancing amacam cik mat???

Rozuan Ismail said...

agak2 kalau nak tukar resepi skit, rebung tuh boleh tukar dengan apa ye

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.