BEN ASHAARI

Friday, October 19, 2012

EGG BENJO DI MALAM HARI.....

rsz_egg_benjo
Hehehe...terkejut eks, malam2 makan egg benjo. Sebenarnya idok leer memalam ni teman membuatnya, siang tadi, tapi saja laaa letak time memalam gini. Dah 3 - 4 kali gak entri egg benjo ni mat letak kat DTS. Benda2 senang ni bagus, bukan nak paksa orang buat, cuma bagi idea. Kadang2 bahan mentah kat rumah dah ada, cuma masa tu idea belum sampai. Jadi bila on9 dan konon2 termasuk lah blog DTS yang cikai tu...ternampak entri egg benjo...tingggg!!! terus idea muncul, dahh boleh buat...gitu lah konon2nya. Kalau nak egg benjo anda kelihatan cantik, telur boleh digoreng menggunakan  acuan khas berbentuk bulat (lupa pulak nak letak gambar....huhu), kalau takde, goreng saja macam anda buat telur mata kerbau, settle dah, lagi pun sendiri nak makan. Kalau ada sayur2 macam mat guna tu letak sekali, baru lah seimbang. Sos terpulang, nak guna sos cili ke, thousand island (macam mat guna) atau mayonnaise atau nak gabungkan semua jenis sos pun boleh, jangan lepas makan luuu orang pengsan sudah lah yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Roti burger secukupnya
Telur ayam secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan bawang besar scukupnya (hiris bulat)
Sedikit hirisan jeruk "gherkin"
Daun salad secukupnya
Sos kegemaran anda
Sedikit majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak. Kalau guna acuan bulat untuk egg benjo, sapu sedikit acuan bulat tadi (bahagian dalamnya) dengan sedikit minyak dan letak dalam pan tadi. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan tuang perlahan2 dalam acuan tadi. Tuang sedikit dulu bagi dia membentuk satu lapisan bawah, bila nampak putih, tuang bakinya. Ini mengelakkan telur keluar bahagian bawah acuan tadi. Masak dengan api kecil hingga masak dan kuning telur mengeras. Longgarkan acuan dengan pisau tajam dan kalau suka boleh terbalikkan telur tadi (mat tak buat, sebab merah dia dah masak elok). Ketepikan dan buat kaedah sama jika anda buat lebih dari satu egg benjo.
  2. Roti burger dibelah dua, sapu sedikit majerin dan panggang sekejap dalam kuali hingga perang. Ambil bahagian bawah roti burger tadi, susun daun salad, diikuti hirisan tomato, timun, bawang besar dan jeruk gherkin. Kemudian paipkan sos kegemaran anda. Letak telur dan tutup dengan bahagian atas roti. Hidangkan segera...


11 comments:

Ribbon Clown said...

nampak sedap sgt benjo CM ni.. betul, kadang2 yg simple ni la budak2 nak makan.. :) gambar cantik btw!

tinazain said...

yang simple tetapi menggembirakan. Sib baik saya dah makan cik mat..

cheeze maz said...

sedapnya.... akak suka kalau makan sekali dgn sos cheese cheeze maz

sabasalbi said...

tgk benjo CM ni, terus dtg idea nk wat b'fast apa esk....tq3....

ma'chiks said...

emmm, meleleh nengoknya, dah tergoda.

Rozuan Ismail said...

sos dia nampak menyelerakan

inahar ali said...

alhamdulillah..brrppp!! baru jek abihh mamam egg banjo beli tadi..kebetulan..hehe!

Chah said...

Tingggg!!! Tp esokla saya buat walopun gup gap dh ai telan air liur

Wak Gelas™ said...

wak X biasa makan egg banjo gitu.. uuuHuu

gadisBunga™ said...

cantik pulak nampak egg benjo CM ni. :D

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.