BEN ASHAARI

Wednesday, October 10, 2012

BISTIK TELUR....RINGKAS DAN MENARIK..

rsz_dsc_1447
Bistik telur, resipi mudah. Untuk mereka2 yang bujang, ini satu idea yang boleh dikatakan agak meletop untuk hidangan diri sendiri atau menjamu kawan2. Rasa mat ramai juga yang dah buat bistik telur ni, cuma style mungkin agak berbeza. Mat punya simple saja, guna daging kisar, kalau takde, boleh guna daging ayam, anda potong kecil2. Sedap dimakan sejurus anda hidangkan. Pada mat menu macam ni satu hidangan lengkap, anda perlu ikan goreng dan sambal, kira sudah memadai. Untuk resipi ini mat gunakan 3 biji telur. Satu lagi, budak2 pun suka, cuma kalau macam mat buat ni agak pedas sikit, untuk anak2, jangan lah pedas, biar dia biasa2 saja....maka berakhirlah entri yang simple2 untuk hari ini...kita tengok resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halu
5 biji cili padi, cincang halus
1/4  cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 kiub pati daging lembu
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (mat guna parsley)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap. 
  2. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
  3. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  4. Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.


17 comments:

Rohah said...

salam Che Mat,memang sedap makan bistik telur..kalau boleh nak ratah macam tu je..

Farah Zahid said...

aigooo.. terliur tengok.. kih kih..
dulu kat kolej, selalu sgt order makan nasi putih dgn telur bistik ni.. sedap tak hengat kot.. :D

Ummiakid @ lily said...

terliur tgk...ratah gitu jer best ni...peberet anak saya telur...nanti nak cuba...

Mas said...

mengancammmmmm.......

sabar dubai said...

terliur sudahhhhh

Qasey Honey said...

sedapnya...

rohani tanty said...

Die! Die! Must try.

rohani tanty said...

Die! Die! Must try.

Kalamhati said...

mengancam sungguh!!hehe

justablogofmine said...

boleh try nanti ni.,, :)

Yatie said...

menyelerakan sungguh....mcm nak buat skrng je...terliur sudaaaaa...

Kella said...

sangat menyelerakan... =)

hairulafiz said...

nampak menyelerakan......nak cubalah...

fara zahari said...

As salam che mat,
Baru c
uba tadi. Suami makan nasi bertambah! Memang sedap , bukan dengan nasi saja , mkn dgn roti Arab pun sedap.. terima kasih atas resepi ..

Fazliana Jamil said...

Thanks 4 the recipe. Nak try buat lah petang nanti. Oh ye nanti ada masa singgah2 blog saya pula yee
http://www.mamafisya.com/

fiza said...

Husband request semalam..boleh la nak try resepi ni hari ni :)

Sheila Mutalib said...

Terliur tgk gambar che mat.. td da try, tp tak rupa mcm tu.. yg penting rasanya sodappp...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.