BEN ASHAARI

Wednesday, October 17, 2012

BELACAN GORENG RESIPI ORANG SARAWAK..

rsz_dsc_1963
Mula2 dengar dulu macam aneh je, dan mat mati2 ingat belacan sekeping tu digoreng dalam minyak. Bila nampak Sunah buat kat sini, baru tau rupanya belacan goreng tu seumpama sambal belacan tapi dimasak dengan sedikit minyak. Dah lama juga mat nak mencuba. Tapi hari ni baru tergerak hati. Buatnya mudah dan rasanya juga sedappp..., makan dengan nasi panas yang dimasak lembik2 sikit...aduhh terasa kebelacanannya!!... Selain tu, pada mat lah kan, belacan goreng ni kalau anda nak buat goreng nasi pun sedap. Tak pun buat rencah goreng kangkung, semua kena. Kalau ikut resipi Sunah, dia guna cili kering, tapi mat guna cili hidup dan tambah cili padi. Satu nak pesan, bila anda buat belacan goreng ni, berhati2 dengan garam. Garam letak akhir sekali tapi rasa dulu, baru letak garam, sebab belacan, ada yang masin. Ok tu saja lah...kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai cili kering (mat guna 4 biji cili merah + 10 biji cili padi)
5 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, hiris
Ikan bilis secukupnya (mat guna tak sampai 1 genggam)
1 camca besar belacan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk cili kering (atau cili hidup), bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga hancur dan lumat. Panaskan minya dalam kuali dan goreng bahan2 yang ditumbuk tadi hingga kering.
  2. Tambah gula secukup rasa dan jika anda rasa kurang masin, boleh tambah sedikit garam. Kacau rata, angkat dan hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...


5 comments:

Nurul Akmal said...

samalah masa baca tajuk tu ingatkan belajan masak seketul seketul.. hehehe

Azwa Azee said...

Kalau makan macam ni, memang terangkat PCM. Hehe. Selalu gak buat

Kjee said...

Ini pun pengsaannnnnn Che mat! hehehe

Aiza Hamdan said...
This comment has been removed by the author.
sihat cantik said...

sedapnyerr...=)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.