BEN ASHAARI

Monday, October 22, 2012

" B . K . D " UNTUK HARI INI...

rsz_bubur_kacang_hijau1
Masak B . K . D atau bubur kacang durian siang tadi. Durian yang didingin beku dalam freezer mat gunakan untuk resipi ini. Masih sedap, harum dan tak berubah rasanya. Anda juga boleh kalau nak simpan durian, apa yang perlu, masa keluarkan isi durian, terus masukkan dalam bekas kedap udara, dan bungkus bekas tadi dengan plastik, ikat dan simpan dalam freezer. Bila2 nak guna, keluarkan dan biar hilang sejuk. Boleh gunakan. Selain bubur kacang hijau, durian dicampur dalam bubur pulut hitam juga amat sedap. Mat buat sebab bonda berpuasa, boleh juga bonda makan masa berbuka nanti. Bubur kacang hijau amat mudah membuatnya. Mat guna periuk tekanan untuk merebus kacang, hanya makan masa 5 minit. Kalau anda takde periuk tekanan, rendam dulu kacang hijau awal2 dan rebus hingga lembut. Satu lagi, kalau guna gula melaka macam mat buat ni, masak dulu gula melaka tadi kemudian tapis dan baru guna. Ini mengelakkan kotoran gula melaka termasuk sekali dalam bubur kacang. Sedap dimakan bersama biskut atau roti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam 4 - 5 jam (kalau guna pressure cooker tak perlu rendam)
1/2 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 camca teh garam
1 liter santan
Gula (jika kurang manis)
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan kembang. Masukkan air gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Tamba durian dan biar mendidih. Masukkan garam dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Dan jika suka bubur kacang cair, tambah air secukupnya. Masak sekejap.
  2. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut tawar (mat hidang dengan biskut OSBONE). Sedap juga dimakan sejuk. Kalau tak habis, boleh dijadikan aiskrim malaysia.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda gunakan pressure cooker atau periuk tekanan, masa yang diambil untuk merebus kacang hijau sekitar 6 - 7 minit dan tak perlu direndam dahulu...

8 comments:

Eny Abdullah said...

ekkkk sedapnyeeeeeeeeeee

gadisBunga™ said...

sedapnye CM....

tp GB tengah diet. kenot eat. :'(

adda syuhada said...

rasa nk jer wat balik umh adda nih semangkuk...sedapnya...

Cik Nor said...

sebenarnya saya tak berapa gemar, tapi tgk gambo kat sini aisey cam best je.

Amie said...

kalau bubur gini makan denga biskut, sure kenyang punya...

JunAina said...

Bubur owh bubur... Sejak husband kena gout menu2 durian terpaksa dihadkan. Nak makan kesian pulak dia nengok je...ishhkkk...

Bubur kacang hijau dan durian colek roti gardenia...yummeh...

fazian.batrisyia said...

Sedap tu...Sy suka BKD ni...Cara simpan durian tu sama la kita...Agak2 nak guna, kita dah ada durian walau tak musim kan...

Buat cicah roti & biskut pun sodap terutama bubur yg agak pekat & kaya isi durianya tu....perghhhh...tak toleh kiri kanan lg...jalan terus...ngap jek..

Muhamad anuar Marsib said...

Wah... nampak menarik.. Boleh cuba ni..

Manalah tahu anak saya menyukainya..

Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..