ASAM PEDAS DAGING SERI MELAKA..

rsz_dsc_0848
Kalau di Johor, asam pedas ayam boleh dikatakan popular, di Melaka pula ada asam pedas daging. Cuma ada pelbagai versi dan gaya asam pedas daging, ada tu mereka letak kerisik dan sedikit rempah ratus dan sebagainya. Untuk kali ni mat buat tak guna kerisik (malass leer nak goreng kelapa buat kersik..huhu). Daging mat guna yang ada sedikit lemak, kalau guna tetel pun sedap juga, cuma, kalau mau makan ada sikit seramm laaa. Bila masak resipi macam ni, teringat mat pada Sis Linn, dia suka makan asam pedas daging. Ada orang suka masak pekat, dan ada orang suka berkuah. Pada mat asam pedas daging kalau pekat lagi sedap. Bila cedok, daging dia dengan kuah2 sekali melekat....hmmm melelehh ok.. Kebiasaannya, asam pedas daging tidak dicampur dengan apa bahan sayuran, tapi itu terpulang pada anda. Ok lah, tu saja entri terakhir hari ini, esok dengan entri lain pula, mat tulis resipi sekarang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati @ 600 gram daging, hiris cuci dan toskan (kalau nak cepat guna daging batang pinang)
2 batang serai, dititik
3/4 camca besar pes asam jawa (mat guna jenama Adabi)
2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak sekejap. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan daun kesom, gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga daging empuk. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nas panas..

Post a Comment

6 Comments

  1. sangat cantik teksturnya :D ..nampak berseri dan enak

    ReplyDelete
  2. Paling BEST jika guna TETEL ,,,, memang menyelera kan ,, untuk kasi empuk TETEL ni hendak lah di rebus selama 2 jam menguna kan api yg perlahan ,,, n masak guna kan resepi di atas ,,, memang lah meletupppppppp ,,,,,

    ReplyDelete
  3. Hah ini orang Melaka datang menjengok asam pedas daging. Mama baru je habiskan lauk asam pedas ayam yang memang mama teragak sangat nak makan. Mama sorang je yang makan! Tak apalah, janji enjoy!

    ReplyDelete
  4. Assalam che mat,
    daging masak asam pedas memang sedap..kecur pulak bila tengok lauk che mat ni..alahai bukan yang ni aje yang lain2 tu pun begitu juga..banyak juga lauk2 yang akak dah cuba dari dapur mat ni tapi belum ada chance nak dimasukkan entry, tak apalah akak akan masukkan pelan2, maklum ler lauk2 mat semuanya evergreen tak jemu dimasak ulang2....terimakasih banyak2 ya mat for sharing..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.