BEN ASHAARI

Friday, September 14, 2012

SPAGHETTI ALA MAMAK...

rsz_dsc_8079
Jomm fusion pulak. Sekali imbas macam mi kuning, tapi ini sebenarnya spaghetti. Saja nak kasi sedikit kelainan. Bila sebut "fusion cuisine", mat rasa ada yang masih keliru, berdasarkan wikipedia "Fusion cuisine is cuisine that combines elements of different culinary traditions" - sebelebihnya anda boleh baca di sini. Bukan apa, mat tak nak lah dicop sebagai perosak resipi, macam komen yang mat pernah dapat dulu. Cuma pada pandangan mat lah, walaupun anda orang berlatar belakang pendidikan kulinari, profesional, tapi jangan lah ingat kami blogger masakan ni tak buat "research" dulu sebelum menulis dan memasak, kami tau sebab kami ni bukan tukang masak yang bertauliah. Berbalik pada resipi hari ni, mat fusionkan spaghetti menjadi ala2 mi goreng mamak, cuma bukan the real mi goreng mamak, tapi ala2...Simple, tapi masih tetap "asian"...

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut dan toskan
6 - 7 ekor udang saiz sederhana, 
3 batang crab stick
1/3 cawan hirisan daging ayam
1 camca besar sambal tumis
1/2 camca teh rempah kari
1 camca teh sos tomato
Kicap cair secukup rasa
1/2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ayam
Sedikit air
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulitnya, buang urat belakang, cuci dan tos. Jejari ketam dikerat2 pendek dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan jenis mungkum). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan sambal tumis dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Tambah rempah kari, kacau rata dan masak hingga harum, gunakan api kecil. Tuang sedikit air, kacau dan masukkan udang, hirisan daging ayam dan kiub pati ayam. Kacau dan biar mendidih dan pekat.
  3. Masukkan crab stick, sedikit gula. Kacau rata dan tambah spaghetti, gaul hingga mesra. Rasa sedikit, jika perlu tambah kicap cair. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias ikut kreativiti anda dan hidangkan..

9 comments:

blogger friendly said...

Salam CMG,

Bestnya nampak fusion cuisine Cik Mat ni...

Kita orang Malaysia ni memang dianugerahkan mekanan melimpah ruah dan tekak yang flexible.

Sebab tu apa pun boleh dijadikan resepi janji sedap.

Pink Diary said...

salam, i pon selalu gak transform spaghetti ni jadi ala2 mee goreng. tambah2 lagi kat sini nk cari mee kuning mmg susah.
u punya nampak meletop dan sure sedap.

adibah said...

salam cik mat.. maaf bertanya, sambal tumis tu mcmana ye..? terima kasih...

adibah said...

salam cik mat.. maaf bertanya, sambal tumis tu mcmana ye..? terima kasih...

azievee said...

aduhai...sedap nyer nak try jugak

Shasha Mohamed said...

Hmmm... Sedap.
Teringat mee goreng mamak ;)

justablogofmine said...

mamak patut ada menu ni jugak..hehehe

inahar ali said...

perghhhh mengancam lg terangkat!! akak tumpang sepinggan leh x mat?

Hariz said...

Nanti kena cuba resepi ni. Nampak mudah. Kalau masak mudah tak ? Ehh

Eyriqazz Vs Denaihati