BEN ASHAARI

Thursday, September 27, 2012

KUAH KACANG SELEPAS HARI RAYA....

rsz_dsc_9929
Selamat hari raya.....haha, mula dah si mat, datang mengong dia. Masa hari raya lepas, mat tak sempat nak masukkan apa2 entri mengenai masak2 di hari raya. Masa dan keadaan tak mengizinkan, bz leer, maklumlah aku tuan rumah, aku juga tukang masak, tukang cuci, tukang sapu, tukang layan tetamu dan tukang bebel, punya banyak lah tukang. Tu hari Bak ada jugak sebut2, nak makan kuah kacang dengan nasi impit, tapi yang ni ketupat nona saja mat rebus. Pagi tadi projek buat kuah kacang pun bermula, nasib baik kacang kisar baki raya tu hari masih ada. Mat simpan dalam freezer, jadi bila nak guna senang. Mat buat dalam 1 1/2 cawan kacang kisar. Kata bonda, buat lebih nanti boleh simpan. Jadi nanti bila Bak nak makan, dahh senang, takyah nak buat2 lagi. Untuk entri ni mat letak resipi kuah kacang. Dan perlu juga diterangkan, mat bukan guna satu2 resipi saja, setiap kali mat masak, mat akan guna kaedah berlainan...Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA:-)
1 1/2 cawan kacang tanah yang telah dikisar
2 batang serai, dititik
2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa (mat guna pes asam jawa Adabi)
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan
1 camca besar penuh ketumbar biji
3/4 camca teh jintan manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai titik dan cili kisar hingga garing. Masukkan bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidh.
  2. Masukkan kacang tanah, kacau rata dan kecilkan api, masak hingga pekat sedikit dan terbit minyak. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Kebiasaan kuah kacang sedikit manis, yang ini ikut pada citarasa masing2...Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat, sate dan sebagainya.
CATATAN MAT GEBU :- Kuah kacang tak perlu dimasak sampai terlalu pekat, ini kerana ia akan pekat secara semulajadi bila kuah kacang tadi sejuk. Anda boleh tambah air panas jika ia terlalu pekat. Kacau rata dan hidangkan seperti biasa. Untuk kacang tu anda boleh goreng tanpa minyak kacang tanah, kemudian buang kulitnya dan kisar, tapi janganlah sampai halus sangat...


7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Aduhai, kalau Kak Sari harus banjir kuah kacang tu. Tapi dalam family Kak Sari, kuah kacang ni kami panggil sambal cengeng, alamak, dah terliur2 dah ni... huhuhu

Mat Gebu said...

@ sariyusa - Hooo..sambal cengeng?..unik nama tu kak. Pstt kalau banjir mmg bess, cuma nak masuk blog, kita kasi leleh2 sikit...

Ummu Madihah said...

Salam perkenalan cik mat! Hai sedaplah pulak kuah kacang, al-maklumlah dah lama lepas raya, kalau baru2 muak juga. Yang cik mat buat tentunya sedap aja!!

inahar ali said...

waduh..dapnyer kuah kacang tu mat..family akak kalu wat kuah kacang wajib taruh daging..mmg sodaap!

mommynana said...

Aritu kt pun masak lepas raye. Lepas puasa 6 trus wat ns impit kuah kacang. Memang raye lagi la masa tu. Kikiki. Best sgt ia menjadik dan dpt masak utk famili sdri kan?

Masaksedap said...

Tq insyallah cuba hujong minggu ni. Dah terliok!!

putribongsu said...

aduhaiii terliur tgk. abg mat, knp sy buat kaler dia jd mcm pucat. abg mat punya cam menarik dan cantek. org kate jgn buang kulit kacang tu klau nk bg warna dia cerah. camne ye?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.