BEN ASHAARI

Wednesday, September 12, 2012

BUBUR SUP DAGING KEKACANG...

rsz_dsc_8132
Ada masa nak makan satu benda yang simple, cepat dimasak dah tidak memerlukan bahan2 yang remeh, renyah dan terlalu complicated, tapi ada yang komen kata, resipi CM ni kan meriah bahan2nya, erkk, idok leer gitu meriahnyaa yeop, cuma apa yang ada saja ku cempak kat ke dalam itu bubur. Macam resipi yang ini, mat campur kidney bean, mat rendam semalaman dan mat rebus sekali dengan beras untuk membuat bubur hingga kacang empuk dan nasi kembang. Tapi perlu diingatkan jika anda buat macam mat, bubur nasi anda akan kelihatan gelap, bukan putih. Anda boleh juga rebus dahulu kacang tadi hingga empuk dan letakkan hanya kacangnya sahaja dalam bubur. Selain tu, mat letak juga hirisan daging batang pinang, mix vege dan sup bunjut adabi. Kalau sapa2 nak tambah sedikit santan juga boleh, tapi pada mat takde santan pun dah cukup sedap. Lada hitam jangan lupa, itu sebagai salah satu pemangkin rasa. Cukup dengan sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng, pada yang perlukan rasa masin, anda bolehlah tambah sedikit kicap cair masa makan nanti. Ok kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam atau beras jenis berkanji
150 gram hirisan nipis daging batang pinang, cuci dan toskan
1/3 cawan kidney beans, rendam semalaman
1 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 bunjut "sup tulang" Adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kiub pati daging lembu Knorr
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Lada hitam serbuk secukupnya (mat guna serbuk lada hitam "aji-shio")
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Cili merah, didadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras, masukkan ke dalam periuk bersama2 kidney beans, kayu manis, bunga lawang, sup bunjut, daun pandan, halia, bawang putih dan air secukupnya (anggaran 2 liter). Kacau dan masak hingga mendidih. 
  2. Masukkan kiub pati daging, sedikit garam dan juga hirisan daging, renih hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang empuk. Tambah mix vege dan masak lagi. Jika bubur pekat, anda boleh tambah air sedikit lagi.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan juga serbuk lada hitam, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng, sedikit serbuk lada hitam dan cili merah yang didadu kecil sebelum dihidang.....makan panas2..

8 comments:

Saya Disini said...

sedpnye

JaSSNaNi said...

hurmmm.. sedapnya moi....

Cahaya Hidup said...

hhhmmm,memang my fav ni.ain paling suka makan bubur nasi dgn ayam/daging masak merah @ sup ayam/daging .... : )

Siti Nadira said...

x pernah pulak rasa bubur nasi + kacang...CMG siap rendam...mesti selalu plan in advance kan...

Gya Duniaku said...

sedapnya..

HaSue said...

Lepas raya aritu mmg terasa sedaaaapppp sgt mkn bubur nasik..hehe..nanti rajin leh try buh kidney beans..eh agak2 buh yg dlm tin pun sdp kot ek..haha..dasarr.. Lapor lak ptg2 nih..

Sis Lin said...

Huhuhu aku baru baik dr batuk Mat, mkn jgk le bubur 2x haritu, sekarang nampak aje bubur naik muak sudah tapi tgk bubur ko ni, selera plak tekak aku..
Mat, sebelah uma ko ada kosong x? aku nk pindah duduk sebelah ko la..kikikiki...

zorro said...

http://blogzorroxx.blogspot.com/
Kalau sudi memohon la follow saya.
btw nice entri ^^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.