BEN ASHAARI

Tuesday, September 11, 2012

ASAM PEDAS NYONYA MENU HARI INI...

rsz_dsc_8139
Selamat petang, assalammualaikum, anda dah santap?.. Hari ni mat masak asam pedas nyonya. Kali ni guna kepala ikan "unga". Asam pedas menjadi pilihan ramai orang kita di Malaysia, terutama di Johor dan Melaka. Tapi hari ni mat masak gaya peranakan atau orang baba nyonya. Ada juga yang inbox mat tanya, kenapa suka masakan orang peranakan. Bukan apa, mereka ini satu kaum yang istimewa dan kami sendiri mempunya pertalian darah, termasuk teman blogger ku Sis Linn. Orang2 baba nyonya, mereka "fusion", kira dah serap pelbagai kebudayaan dalam kehidupan seharian mereka walaupun asal usul nenek moyang mereka datang dari tanah besar cina (zaman Sultan Mansur Shah, Melaka). Hasil dari perkahwinan campur dengan orang2 tempatan ketika itu maka lahir lah satu generasi orang cina tapi bertutur bahasa melayu, cara makan dan masak gaya orang melayu dan gaya hidup juga hampir sama, kecuali agama mereka masih kekal agama asal, merekalah orang Peranakan atau baba nyonya. Apa2 pun pada mat ilmu yang mereka ada perlu kita pelajari terutama dalam hal2 penyediaan makanan yang mana kaum nyonya amat2 cerewet, semua nak berhalus, teliti dan tertib..kalau ikut betul2 punya....guaaa pun boleh pengsannnn >_____< , jomm kita makan asam pedas dulu..

EMAS SEPOLOH MUDAH DIPAHAT,
JADIKAN PERHIASAN SULAMAN TEKAT,
ASAM PEDAS NYONYA MENU CHE MAT,
JANGAN LUPA CUBA, PASTI TERPIKAT...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1ketul kepala ikan, kerat dan cuci bersih, toskan
1 biji terung, kupas kulit, belah 4 dan kerat 2, rendam
1 biji tomato, belah 4
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah, potong
2 ulas bawang putih, potong
1 inci kunyit hidup, hiris
1/2 inci halia, hiris
Sedikit hirisan lengkuas
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau perlahan dan tambah jus asam jawa. Masuk daun kesom, terung dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau perlahan2 dan biar mendidih hingga terung lembut. Akhir sekali masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah asam pedas. Hidangkan..

9 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum CMG...
wahhh asam pedas nyonya yg sungguh mengiurkan.. sedapnya...
Tadi lunch makan nasi ayam goreng dan ayam masak kicap je.. bekal dari rumah.. hehehe.. :P

Siti Nadira said...

Salam...cantiknyaaaa persembahan...daripada muak(sbb selalu makan)...jadi terliur balik...eheheeh

Kakzakie said...

Rumah kakak kalau dalam seminggu at least sekali mesti ada masak asam pedas dari dulu sampai sekarang dah macam menu tradisi agaknya...

Miz Sitti said...

teringat lak asam pedas melaka..pas ni bole la cuba..tq

Gieyana said...

sedapnyer..weekend nie nk masak ler..:-)

Shiela said...

Assalam CMG.. berkenan sungguh kat mangkuk ngan asam pedas tu sekali.. :)

aima said...

teringin masak asam pedas....mau cari bunga kantan dan daun kesom la...

Ummi said...

Maaaaaaaaaaaaattt, tumpang lauk...nasi akak bawak sendiri...hehe

Sis Lin said...

EMAS SEPOLOH MUDAH DIPAHAT,
JADIKAN PERHIASAN SULAMAN TEKAT,
ASAM PEDAS NYONYA MENU CHE MAT,
JANGAN LUPA MAKAN, PASTI MELEKAT..

Memang power!!!