BEN ASHAARI

Wednesday, August 15, 2012

LEMAK CILI PADI AYAM DENGAN PUCUK UBI

rsz_dsc_7297
Pernah masak lemak cili padi ayam lepas tu campur dengan pucuk ubi?. Sebenarnya mat pun pertama kali masak, tapi kalau di negeri Sembilan ia pekara biasa. Sebenarnya mat agak buntu nak masak semalam. Stok sayur dalam peti sejuk pun tinggal kobis je, hadoii jemu leerr, jadi kutip pucuk ubi lepas tu tengok2 ada ayam...ayam pun ayam lahhh...kita buat dia, ku henyak jee lah janji boleh jadi lauk. Mat guna sepenuhnya cili padi, dalam 25 biji cili padi merah thai. Ini satu masakan mudah dan typical masakan orang2 kampung. Kira alternatif selain guna kentang atau nenas. Selain ayam, daging salai juga sedap dimasak macam ni. Kalau anda jemu makan masakan berempah raya nanti, ok juga hidangkan resipi macam ni dengan nasi putih. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkai, cuci dan celor, tos dan potong kecil
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan,
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor (kalau kecik, guna 2 keping)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi merah Thai
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga ayam empuk. Tambah pucuk ubi, daun kunyit dan bunga kantan. Biar masak dengan api perlahan.
  2. Tuang pati santan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu hingga ayam masak sepenuhnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

7 comments:

bersama kak Es said...

che mat...cili padi merah thai tu kurang pedas ke?

Mat Gebu said...

@ kak es - pedas juga kak, tapi stok cili padi kampung habis, tu yg guna cili padi thai...

ibundo said...

selamat hari raya mat..

aishah zaharin said...

cik mat,
kalau nenek saya, dia buat rendang ayam cili api + pucuk ubi. (keringkan saje santan, pucuk ubi plak dicelur dulu, dan ditapis air, supaya kering sebelum masuk dalam santan)
sedappp! makan ngan lemang pagi raya. tangkap leleh.

nisbah santan-ayam kalau nak sedap 1 ekor ayam, 2 biji kelapa.

Scarlett O'Hara said...

Mesti cuba resipi ni.Nampak lazat.
Selamat hari raya ek Mat.Maaf zahir batin.

nurul said...

Wahh sedapnye...nak cube buat nieh...

nurul said...

Wahh sedapnye...nak cube buat nieh...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.