BEN ASHAARI

Thursday, August 9, 2012

......BISKUT SUJI BRUNEI.....

rsz_dsc_6954
Assalammualaikum, apa khabar anda semua...sehat?..Dah banyak ke gentel biskut raya? Pertanyaan untuk suri rumah atau memang mereka suka buat biskut raya, tapi kalau takde pun boleh beli. Tak salah beli, kalau semua nak buat, nanti susah orang nak business biskut raya. Bercerita pasal beli biskut ni, mat nak kongsi tips sikit lah, tapi ini dari pandangan mat lah yea, kalau anda nak beli biskut raya. Selalunya, selain tengok tarikh luput, satu lagi anda baca bahan2 yang digunakan. Contoh lah kalau dalam bahan2 ada tertulis antaranya, cornflakes, nestum, kelapa atau serbuk kekacang seperti gajus, badam atau kacang tanah dan bahan tenusu seperti susu atau mentega, insya Allah biskut kemungkinan besar ada rasa, senang cakap sedap. Satu lagi pasal harga, rata2 kalau home-made cookies agak mahal, sekitar RM 25 - RM 30 per 50 biji, bergantung pada bahan2 yang mereka gunakan. Kalau bahan2 berkualiti, harga mahal sikit lah. Terutama biskut2 yang melibatkan bahan2 seperti biji badan, gajus dan coklat. Style hiasan juga memperngaruhi harga. Apa2 pun ikutlah budget anda..Amacam, macam bagus tak mat gebu tu?..Takde bukan nak tunjuk bijak, itu cuma pandangan seorang mat gebu, tu saja....Ok, resipi Suji Brunei dah ada dalam blog ni, tapi mat letak sekali lagi yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram dan mungkin tidak habis).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
  4. Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil, simpan dalam bekas kedap udara..
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh buat 1/2 dari resipi di atas. Dan untuk bahan salut tu, mat guna kurang lebih 3/4 cawan nestum kisar halus + 1/3 cawan susu tepung + 1 camca besar gula aising, gaul rata dan boleh guna untuk menyalut suji Brunei. Satu lagi nak pesan, kalau anda nak letak dalam paper cup macam mat buat tu, jangan gentel biskut terlalu besar, ini kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Ok tu saja, selamat mencuba....


11 comments:

Sunah Sakura said...

sedapnye...wuwuwuwu... T_T

mommynana said...

Yummy! Baru buat dua je. Ade lg dua nak buat. Simple je thn ni. :)

kkida @ 1001resepi said...

camni kkida nak gi raya rumah mat lah...biskut mat semuanye buat kkida tak senang duduk...heee...

Asmar Arafad said...

Sedapnyer nak cuba leh, tq for sharing

Sari Yusa Ibrahim said...

wah! Hari tu filipina, niari Brunei.. esok??? nak bagi cadangan boleh???

Deesha said...

Assalamualaikum....
Opah dah buat awal-awal lagi Biskut Suji Royal Brunei tu....mmg sedap!!!!

Choco Ani said...

wah wah CMG yang sungguh rajin.. sedapnya biskut suji ituh..

JIJI YU said...

alolololo...gebunye..nnti ji nak share jgk r resepi tat nenas jiji

~L.o.L.i.P.o.P~ said...

CMG..

sy nak tumpang tanya bleh.. masa bakar biskut ni kan, bakar skali ngn papercup ke atau just bakar biskut tu dlu..lepas tu bila da golek2 dlm tepung susu/nestum tu br kita masukkan dlm papercup?

salamirz said...

mujur tgk abg mat punya catatan dlu, sy bru plan nk buat dptla tips..tq abg mat

aLy musketeer said...

awak,biskut suji ni sgt sedapp..dah buat haritu abis 1 balang..x sempat nk raya..terpaksa wat baru..hehehe..thanks

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.