BEN ASHAARI

Thursday, August 16, 2012

ASAM PEDAS IKAN DENGAN KELADI SARAWAK..

rsz_dsc_7317
Salam semua, hmmm penat..tu je mat boleh kata. Malas nak cerita banyak, cuma nak berkongsi menu berbuka puasa semalam. Kalau hari ni serius mat masak senang dan campak2 termasuk masak sardine.  Semalam, mat masak asam pedas ikan tenggiri dengan keladi Sarawak atau yang ada panggil keladi telur eks...betul?. Keladi ni satu mat suka ia kurang berkanji dan selain sedap dimasak gulai, juga boleh dibuat ala2 ubi getuk, rebus hingga empuk, tumbuk dengan kelapa parut. Selain tu sedap juga dibuat kerepek. Mula2 mat plan nak masak dengan ikan kurau masin, tapi tak jadi sebab ikan tu nak masak dengan benda lain nanti. Resipi asam pedas ni seperti biasa2 yang mat masak sebelum ni. Mungkin setiap orang ada resipi mereka sendiri dan mat sendiri pun tak jadi masalah nak mencuba resipi orang lain.....Mat tulis resipinya seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tenggiri saiz kecik (bukan lah kecik sangat...sederhana lah), kerat 4
3 ketul keladi Sarawak, kupas dadu besar2, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk, toskan
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk cili kisar
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Air secukupnya
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan keladi sarawak, gaul rata dan tuang air sehingga keladi tenggelam. Masak hingga keladi empuk. Tambah ikan, daun kesom dan jus asam jawa. Kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam tumbuk. Masak perlahan, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

3 comments:

Ash said...

Hhhmm..menyelerakan :)
Tak penah plak makan keladi sarawak, mesti cuba nii.
Selamat Hari raya Che Mat! Maaf zahir batin..I love your recipes!!

Rosita Vargas said...

Maravilloso plato saludable quiero probar,abrazos hugs,hugs.

CT NoArIzAh ArIs said...

slmt hari raya AIDILFITRI dr sy kat RKTS ni... mohon ampun maaf jika ada komen2 yg buat kamu terasa hati selama ini... semoga ramadhan kita semua pada tahun ini adalah ramadhan yg terbaik dari awal hingga ke hujungnya... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.