BEN ASHAARI

Monday, July 16, 2012

URAP PEDAS PUCUK UBI TEMPOYAK.

rsz_dsc_4434
Assalammualaikum. Entri malam ini, mat nak share satu resipi urap. Tapi diubah sikit untuk memberi rasa yang agak berlainan namun masih kekal dengan rasa urap. Tidak sesuai bagi mereka yang tidak makan tempoyak. Ia agak pedas, tapi anda boleh sesuaikan rasa pedas tu samada kurang tau lebihkan cili padi. Bila diletak tempoyak, ia akan rasa unik dan lebih sedap, tu pada mat lah. Mat campur juga sedikit taugeh, tapi kalau anda tak makan taugeh, boleh ganti dengan hirisan kacang panjang. Anda juga boleh letak isi ikan kembong, ikan dipanggang atau digoreng dahulu, tapi pastikan jangan sampai garing, biar dia lembap2 saja. Ambik isinya dan dileraikan. Mat letak juga hirisan halus daun kunyit dan daun cekur. Ok, kita lihat resipi mudah...bagi yang tak makan tempoyak, anda boleh abaikan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
100 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 helai daun kunyit muda, mayang halus
3 helai daun cekur, mayang halus
Sedikit ikan bilis, goreng garing
1 1/4 cawan kelapa parut putih
3/4 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
20 biji cili padi kampung
1 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
2 inci isi ubi cekur
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan rebus hingga lembut, toskan, cuci bawah air paip dan perah. Kemudian hiris kecil. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Satukan kelapa parut putih dengan bahan2 tumbuk halus. Masukkan tempoyak dan gaul rata. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga suam. Masukkan pucuk ubi hiris, taugeh, daun cekur dan daun kunyit muda yang dimayang tadi.
  3. Gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur ikan bilis goreng sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi putih hangat.

6 comments:

Eny Yusnizar said...

sedapnyeee boleh la tunjuk skill depan mak mentua saye hahahaaa

Kalamhati said...

KH tak penah makan lg urap ni kot..huhu

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Tan Sri *sebab ko panggil Datinz* muahaaa.. waduhh ini terbaik bab2 kerabu memang serender nak bikin sebab yang makan kat rumah ni cuma sorang.. bagi alamat nak tompang makan.. sedapzzz tuuu

Encik Zaharin said...

urap? dijamin sedap...penambah selera...mcm dlm nasi ambeng fehhh

JIJI YU said...

kenapa bnyk sgt makanan papa yg jiji tak pernah tau pon kewujudannya

Wahidah BME said...

Lama tak mkn urap :D Hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.