BEN ASHAARI

Friday, July 13, 2012

TAUGEH CELUR, MENU MALAS AKU...

rsz_dsc_5055
Ini jelah yang mampu. Dah malas masak, buat sajalah asal boleh disantap. Sebenarnya ada lah masak, tapi bukan masak, panaskan lauk semalam. Jadi nak bagi tambah, mat buat resipi mudah dan agak femes juga dikalangan blogger masak2. Cuma yang tak makan taugeh tu, mat minta maaf lah, ini bukan untuk anda. Resipi mat ambik dari blog Datin Jun di sini dan asal2 nya dari Che'Izar sorang geng masak2 di laman web Myresipi. Sedap dan pada mat ia kena dimakan sejurus kita siapkan. Atau anda boleh buat bahan sos dia dulu. Masa nak siap2kan meja makan, celur sekejap taugeh tu (mat celur 20 saat dalam air mendidih yang ditambah secubit garam), toskan dan letak dalam bekas sesuai, nak makan curah sos dia. Kata orang taugeh celur ni femes kat chicken rice shop..yea eks?. Mat tabur cili padi yang dicincang halus (buang biji). Ok resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan (kalau taugeh kontot, tak payah buang ekor pun ok)
2 camca besar air panas (nak sedap guna kuah sup)*
1/2 camca teh serbuk pati ayam (mat guna 1/2 kiub pati ayam, hancurkan)*
1/2 camca teh kicap pekat*
1 1/2 camca besar sos tiram*
1 camca besar kicap manis*
1 camca teh minyak bijan/minyak bawang putih*
Sedikit lada sulah
Sedikit garam, jika perlu (mat tak letak)
Hirisan cili merah (mat guna cili padi), untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata dan tambah serbuk lada sulah secukup rasa dan secubit garam jika perlu. Kacau rata lagi dan ketepikan.
  2. Didihkan air, masukkan sedikit garam. Celur taugeh tadi semalam 20 saat (resipi asal 1 minit, tapi mat suka rangup2). Toskan dan alihkan ke dalam bekas sesuai.
  3. Kemaskan taugeh tadi, tuang no.1 rata2. Tabur hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain...


7 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wah..celur rupanya. mmg sedap CM, saya suka ni. tq sudi share resepi

Cheetah said...

biar simple,janji bole isi perut.hehe

juju said...

ni la pertama kot masakan che mat yg paling sempoi huhuhu....tpp pasti sedappp

Shima Chee said...

walau simple tapi menu ni mang sedap,semalam br jer buat.

FatihaNur said...

huhuhu tgn cik mat ni cam magik la...mesti sentuh ape pun sedap kan..

Mat Gebu said...

Erkk.....hehe, terima kasih, ni saja yang terlarat nak buat siang tadi..huhu.

Mas Michiko said...

Ni style teppayanki... sy pnh gak buat camni... sedap!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.