BEN ASHAARI

Tuesday, July 31, 2012

SUP AYAM DENGAN MI LAKSA

rsz_dsc_6280
Salam semua, semalam mat berbuka mi sup, dan ini ialah mi sup yang tersempoi sangat. Sekarang nikan musim orang tak berapa sehat, mat pun batuk2 sekarang ni, ketat je tekak. Rasa tak selesa. Berbalik pasal entri ini, kenapa mat kata sempoi sangat, anda lihat lah gambar tu, semata2 sup ayam, mi laksa, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap. Taugeh takde, tauhu takde..hmmm, ntah lah tekak ni nak makan yang macam tu saja. Sup ayam mudah tu ikut resipi selalu yang mat masak. Kali ni guna ayam pencen dalam 1/2 ekor (jenis ayam pencen besar), kalau ayam kecik, gunalah seekor. Sebab ayam tua, mat guna periuk tekanan untuk masak. Ayam tu ni rasa dia seakan2 ayam kampung sedikit, sebab daging dia keras dan liat, tapi kalau dah empuk ia jadi sedap dan kenyal2. Kalau ayam daging pun boleh, cuma kalau tak habis, anda dok ulang kasi perhangat, lama2 daging dia semua lucut, tinggal tulang je..Jadi tengah hari takde lah yea entri minum2...Ok sebelum mat tulis resipi, jomm tengok sini, kalau sudi boleh join, saja lah suka2 uikk ada hadiah lahh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam tua @ pencen (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya, mat guna jenis kering jenama "tweety"
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.Rasa dan jika kurang garam tambah dan boleh matikan api.
  4. Masukkan mi laksa secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah sup ayam bersama isi2nya, tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan juga sambal kicap. Hidangkan untuk berbuka puasa.

8 comments:

ummisara said...

Cik Mat,

kalau makan dengan kuew teow pun sedap nih....

thanks for the recipe

shahrul said...

blog yang penuh dengan rencah rasa masakan...terleleh air liur bila tengok macam2 jenis lauk...diharap che mat akan teruskan penulisan dan masakan dalam blog nih,jangan bagi blog ni terminate ke,ape ke.sebabnya,ramai yang akan google untuk cari blog ni untuk dijadikan rujukan memasak setiap hari.hahaa... btw,thanks n goodluck.. ;)

Nurul Syafiqa said...

Aduh sedap terliur tgk

EnaAzhar said...

ermmmmmm..sedapnyaaaaaaa...

gadisBunga™ said...

betul la cik mat...laksa mee ni boleh makan dengan kuah2 lain jugak kan? sedapnya...

laskar pelangi said...

yumyum ;)
saje je wat terliur..hihi~

faa.rosli said...

kalo sup2 ni mesti lju je mkn ni...

faa.rosli said...

kalo sup2 ni mesti lju je mkn ni...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.