BEN ASHAARI

Saturday, July 28, 2012

MILO AIS TABUR.....SERIUS SEDAP!!..

rsz_dsc_6018
Salam Sabtu semua, panaskan cuaca..Asal jam 1 lebih je si mat gebu post entri minum2..erkk hehe, alahh releks lah mat bukan apa cuma nak share idea, tapi mat faham idea mat pun bukan lah bagus sangat, setakat yang mudah2 tu ok lah. Biasa, kita ni orang kampung, dok kat ulu, dah lah tu, jenis katak bawah tempurung, takpe...sedar diri...jadi kalau mat letak resipi yang agak kuno, kira boleh dimaafkan lah. Milo ais tabur ni dah selalu jugak orang buat, tapi kalau masa bulan puasa ni, hmmm, apa2 minuman pun nampak mengiurkan. Buat dia mudah, dan mat guna susu rendah lemak dan campur sedikit susu pekat manis dan milo. Susu pekat manis tu cuma nak kasi rasa manis sikit saja. Mat sebenarnya suka rasa milo yang kurang manis tapi pekat, lepas tu sejuk dan nyaman...dan berkrim...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan susu rendah lemak
3 camca besar milo
2 camca besar milo (untuk ditabur)
2 camca besar susu pekat manis
1 1/2 cawan air panas
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh 3 camca besar dengan 1 1/2 cawan air panas, kacau rata dan tambah susu pekat manis. Kacau hingga sebati. Tambah susu rendah lemak dan kacau rata. Kalau nak bagi kembang, masukkan dalam blender dan kisar sekejap.
  2. Tuang dalam gelas sesuai, letak ais kiub secukupnya. Biar sekejap kasi air milo jadi sejuk. Nak minum baru taburkan milo atas dia....Hidangkan....serius pengsannnn >__..__<


15 comments:

Iffah Afeefah said...

suke susu pekat manis

tapi lebihkan milo

pehhh terliurrr

Mas said...

memang bestttttttttt................

Mat Gebu said...

@ iffah - pcm tgk tiba2 jadi terliur pulak..
@ mas - Macam tak cukup jee satu mug tu CM minum selama...grrr...

laskar pelangi said...

aduhai,seksa mata tengok ni.dah terliur....sob3x

zacky786 said...

pergh milo tabuh ! lame xorder ... nk try la nanti ..

hanieliza said...

Salam..
CMG memang nak kena...
tapi kn kakliza nak glamor sket..guna susu cair..pastu memang suka tabur milo..dipanggil air naga...pengsan ko...

Eny Yusnizar said...

Type sambil pengsan ni... :p

❤Kamsiah❤ said...

mat..tekak ni benar2 terseksa...
err milo dinasour takde ke?

gerhana luka said...

milo ais tabur mmg terbaekkk! anak saya cukup suka milo ais tabur gini tapi siap arr abis stok milo dalam bekas dikerjakan kik.kik.ki

bersama kak Es said...

aaarrghhhh.... memang feveret anak2 ni

tapi mak yang sedut2 yg bertarabur kat atas tu :)

faa.rosli said...

memang fevret ni! lagi 1 horlick tabur. perghh!

azlia said...

mmg geram tgk milo tabur ni...nak nak da dekat nak buka puasa ni.. nak buat malas... order mamak je la...

simanis said...

Saya bikin malam, Mat...bila dah siap bahan bahan nak sahur, siap selimutkan kanak kanak, baru nak cari bahan update blog...sedappp tekak malam2...adoii

MamaFaMi said...

Huwaaaa... naperlah nak kena nampak bendaalah ni pada pukul 11.30 tengahari di hari yang terik eh? Hish....

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Selalu dengar tapi tak pernah minum..tak manis ke pakai susu manis plak?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.