BEN ASHAARI

Wednesday, July 11, 2012

LEMAK PUTIH PUCUK UBI.

rsz_dsc_4856
Salam, tadi ada yang inbox tanya pasal lemak putik pucuk ubi, sebenarnya banyak kali dah mat letak resipinya di DTS. Tapi takpe lah mat letak lagi. Ada pelbagai pilihan pucuk ubi, paling kerap mat guna pucuk ubi hijau  (batang pada tangkai bewarna hijau), pucuk ubi merah (batang pada tangkai bewarna merah), pucuk ubi pulut (daunnya runcing dan kecil2) dan ada juga yang guna pucuk ubi gajah, jenis berdaun lebar. Banyak juga yang mat dengar, pucuk ubi tidak elok bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi, tapi pada mat kita dah rebus dulu pucuk ubi tadi, kemudian dibilas dan diperah, zat2nya banyak telah terhapus. Dan ada juga yang "alah" pada pucuk ubi, bila mereka makan, jadi pening kepala dan sebu perut. Walaupun begitu, pucuk ubi tetap popular dan amat sinonim dengan hidangan orang2 melayu kita....anda makan pucuk ubi?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ubi
3 batang serai, dititik
1 genggam udang kering rendam
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris 
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan rebus hingga lembut, tos dan cuci bawah air paip. Perah dan potong kecil, masukkan ke dalam periuk. Udang kering ditoskan, kemudian tumbuk hancur tapi jangan lumat sangat. Masukkan ke dalam periuk berisi pucuk ubi tadi.
  2. Masukkan juga serai titik, bawang besar hiris dan bawang puith. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih, kemudian sederhanakan api dan masak sekejap lagi. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng.....


4 comments:

ibundo said...

Salam mat. kalau duduk kampung atau ada tanam pokok ubi di belakang rumah, boleh dapat pucuk ubi yang benar-benar pucuk ubi. Kalau beli di pasar, yang banyak daun ubi. pucuknya seciput..
Gulai pucuk ubi tu kalau campur dengan labu sedap juga ye mat..

mimie kesuma said...

assalammualaikum che mat...
salah satu gulai fav kat rumah ni..
dek karena tinggal petik je kat pekarangan... ^^
tapi che mat.... kalau di indonesia gulai pucuk ubi ni di campur dengan terung pipit... heheh
nama terung pipit tu saia tau pun dr blog che mat.kami biasa menyebutnya rimbang atau leunca....

dan karena selalu tengok pinggan che mat tuuuuu ....
baru saia perasan..emak saia pun dulu punya juga macam tu.
selongkar punya selongkar...tinggal sebijik je.
dah gempil pulak...
tapi tetap saia tayang kat blog saia.... heheee

tak mau kalah lah tu dgn che mat... ^^

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum CMG high 5 cikit!! ko panggil aku datin siap ko muahaha.. eshhh jangan cakap tukang masak cap ayam jantan okeh.. siapa tak kenal CMG blogger masak memasak tersohor serata malaya... hakak pun segan nak buh komen tau.. segan benor.. mau taknya CMG mengganas di dapur.. pstt kenapa tak nak try masuk Masterchef??? gerenti boleh juara... tak caya?? cecuba cecuba..:)))

Tq so much CMG.. keep in touch :)

Sunah Sakura said...

ish...pcmmmmmmmmmmmmmmm....semalam saya baru je terbayang2 dalam kepala lemak putih pucuk ubi ni haaa...teringat kat mak yang selalu masak ni kat umah...aiyooo...tetiba pcm pun masak jugak ye semalam...hahaha~ leh la melepas rindu sekejap tengok gambo ni..hikhik

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.