BEN ASHAARI

Monday, July 2, 2012

KARI AYAM TANPA SANTAN

rsz_dsc_4236
Salam Isnin, hari ni mat masak awal, tapi sekarang ni baru sempat masukkan entri. Resipi cikai saja. Untuk entri pertama ni mat masak kari ayam tanpa santan, tapi kalau anda nak letak pun tak salah. Boleh letak sikit. Rasanya dah lama juga tak masak kari ayam. Yelah bonda selalunya suka ayam kampung. Kalau ayam pekan macam ni dia ok juga tapi makan ciput saja. Kebetulan anak buah mat ada mat masak lah benda yang mudah dan cepat. Selain tu ada juga masak daging. Kari ini kurang pedas dan mat ada letak sedikit pes tomato dalamnya.  Ia agak pekat dan sedap juga dicicah lempeng, roti jala atau roti prata/roti canai. Mat letak kentang dan tomato. Selain tu anda boleh juga letak lobak merah, jika suka. Santan boleh anda gantikan dengan susu jika suka, tapi kalau letak susu, letak akhir dan didihlan sekejap sahaja. Ok kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba's
Air secukupnya
1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis hingga garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah hari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam jika guna. Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti..

13 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, CMG.. kita masak kari jarang letak santan, satu sebab malas, satu sebab nak jimat... hehe. Karinya kena pekat, baru umph! kan...

Azrey Rozie Eiman said...

telan air liur tgk kari CMG...

^^^^^Gie^^^^^ said...

sedapnyer kari tu....

Sis Lin said...

aS salam Mat...

Hrni aku masak kari daging tp ada santan hehehe

Anak dara aku ngidam..mak dia plak malasnyaaaaa tapi dah siap!

Nora Karim said...

sedapnya nampak kari tu...

Watanabee said...

Sekali sekala makan kari ayam sedap gak..try la masak kari ekor lembu pulak..:P

MY MintRoom said...

salam, halal kan saya copy resepi ni ya.

Mas Michiko said...

MY PEBERET NIH!!! HUHUHUUUU TERLIUQ DIBUATNYA... SY KLU MASAK KARI MMG CAMNI XDA SANTAN...

my.simple.life.by.dyll said...

sedaaap sgt resepi ni.. i dh try sejibik2 rspi ni..mmg kelassss..mabelesss!! =) =)

abah khalisha said...

nak try wat

cha rizqi said...

wahh nampk swdap..nk try la reswpi ni

elias ramli said...

xletak pati ciub boleh ke

iftia said...

balik ni nak buat lah..