BEN ASHAARI

Thursday, July 26, 2012

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG..

rsz_dsc_5841
Petang semua...oloo...siannya, ada yang lepak yea..Sabar ok, nak2 untuk anak2 kecil, kalau yang besar gedabak tu tak koso denn, pepandailah nak tahan diri sendiri. Untuk entri petang ni mat masukkan menu asam pedas yang menjadi kegemaran Bak, terutama asam pedas ikan sembilang, tapi bukan menu bukan hari ni punya, semalam punya. Macam ni lah, insya Allah bulan Ramadhan ni mat akan masukkan entri lewat sehari, maksudnya, entri hari ni, menu untuk berbuka semalam, entri esok, menu berbuka hari ini. Bulan Ramadhan mat masak yang biasa2 saja, Kuih2 agak kurang, bukan apa, penduduk rumah cuma 4 orang, banyak mana sangat lah kan makan, Kalau ada kuih2 pun nanti tak habis, jadi mat kalau nak beli kuih, kita campur2. Kata kuih 4 seringgit, jadi ambik 2 jenis kuih berbeza, tapi tu pun sekali sekala je beli. Sahur pun tak berapa nak lalu makan nasi, jadi telan K-Oat je (Quaker Oat). Ok, kita lihat resipi asam pedas ni, walaupun dah banyak kali letak, namun ia tetap berbeza..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan sembilang saiz sederhana
2 biji terung biru (mat guna jenis "pearl sakura")
1 genggam daun kesom
1 tangkai daun kari, dilurut
2 senduk penuh cili kisar
1 cawan jus asam jawa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
15 biji halba
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
3/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang dikerat, bersihkan cuci dan perap dengan limau nipis dan garam selama 15 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih. Toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 2 setiap satu, kemudian kerat dua setiap belahan. Dan belah dua tapi tak putus untuk setiap keratan.. (boleh faham kan?), rendam.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halba dan daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya (agaran 2 cawan). Kacau rata dan biar mendidih. Tambah terung (toskan) dan masukkan juga ikan tadi. Kacau perlahan, tuang jus asam jawa dan masukkan juga daun kesom. Biar mendidih perlahan.
  4. Perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan hingga ikan dan terung masak, selalunya ikan sembilang ambil masa sekejap saja. Rasa (yang ni agak2 lah yea) dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan untuk berbuka puasa.....

7 comments:

Rai said...

aduhh..teringat ikan sembilang asam pedas mak saya..

masih tak confident nak buat sendiri sbb takut ikannya jadi hanyir..

Eny Yusnizar said...

En Mat, kalau ganti dgn ikan keli pun boleh jugak kan.. sedapnye, tengok kuah je pun dah tau sedap ni...

wan G Silk said...

sedapnyaaaa...wanna cook this today..thanks for the recipe!

FatihaNur said...

OMG....faveret dah lama giler x makan asam pedas ni....

Ezzah Aziz said...

Sedap...nanti nak cubalah...tq CMG

Ezzah Aziz said...

Sedap...nanti nak cubalah...tq CMG

Pishy Shawl said...

mcmana mat edit gambar masakan semua tu...lawa bangat

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.