BEN ASHAARI

Sunday, July 1, 2012

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG...

rsz_dsc_4023
Ingat malam ni takde entri dah, yelah tak masak, cuma buat mi rebus yang tadi tu saja. Belek2 dalam folder sekali ternampak asam pedas ikan sembilang yang mat masak semalam. Hmm, asam pedas lagi, sah jemu gila. Tapi asam pedas ramai peminatnya. Mat ni kadang2 masak ikut apa yang orang nak makan, tidak dinafikan kalau ikan sembilang, mesti masak asam pedas. Daun kesom memainkan peranan amat penting dalam masakan asam pedas ikan sembilang. Kadang2 ikan ni kan ada sedikit bau. Jadi daun kesom tu akan mengharumkan masakan asam pedas tadi. Kali ni mat letak terung. Anda boleh letak bendi, tomato atau sawi jeruk juga sesuai. Kalau suka berangin, boleh juga ditambah lada hitam yang ditumbuk halus. Ok kita lihat resipi pulak...terima kasih pada mereka yang tak jemu singgah walaupun resipi ulang tayang... ^___*

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan sembilang
2 biji terung biru saiz sederhana
1 genggam daun kesom
3/4 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, hiris
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang disiang, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 - 15 minit, kemudian cuci kembali dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah dua dan kerat dua untuk setiap belahan. Kemudian belah tapi tak putus setiap satu bahagian, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tuang air secukupnya dan kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan terung (toskan). Masuk jus asam jawa, kacau perlahan. tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih dan kacau perlahan2. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


9 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Saya kalau makan asam pedas ikan sembilang ni CMG, kuah mesti banjir.. hehehe. Sedapnya bau daun kesom!

kkida @ 1001resepi said...

mat oooo mat...nanti bila kkida datang tandang umah mat kkida nak rasa gulai ni yek...sehingga tiba masanye kkida pasti akan terus teringat-ingat....asam pedas mat mesti terbaik punya...:)

Kalamhati said...

KH tak penah makan lagi asam pedas semilang ni..mesti best kan..huhu

Encik Zaharin said...

mantap cikmat..ikan sembilang memang bestttt masak asm pds,letak daun kesom banyak2 daun kesom tu aku makan sekali

Azrey Rozie Eiman said...

mabeles cik mat! asam pedas lagi... yeay! kite pun msk asam pedas arini :)

Mas Michiko said...

saya tak makan ikan sembilang.... tapi menu CMG ni sgt2 membangkitkan selera!!! ada umphhhh

izz iizza said...

sedapnya

mrs kayrul said...

sekarang tengah ketagih masak asam pedas, boleh la cuba resti cik mat nie plak

darlingsyuhadacollections said...

mm sedap la ikan sembilang asam pedas; br je mkn mak mertua masakg

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.