BEN ASHAARI

Wednesday, July 11, 2012

APA-APA HAL, KITA SANTAP DULU...JOMMM!!..

rsz_dsc_4819
Assalammualaikum...dah makan?...apa menu anda ni hari?.. Mat macam biasalah, masak ikut apa yang diperintahkan. Duduk kampung bahan2 mentah boleh dikatakan mudah untuk diperolehi. Termasuk bahan2 asas seperti kelapa dan sebagainya. Mula mat nak masak lain, tapi sedari pagi dah ada ura2 nak masak lemak putih pucuk ubi, jadi mat pun masak. Bukan payah mana, cuma perlu melakukan beberapa proses. Sebenarnya memasak bukan lah susah, cuma kerja sambilannya yang ia membuatkan kita perlu masa yang panjang di dapur, kecuali anda ada pembantu rumah. Sebelum memasak perlu melakukan penyediaan bahan2 mentah. Siap masak, perlu membersih, mencuci dan mengelap dapur dan mana2 yang perlu. Tapi pada mat apa2 kerja yang kita kerjakan, perlu diiringi dengan rasa keikhlasan (tapi kadang2 aku ketat gak lahh...mengaku ni). Bercerita pasal menu ala2 kampung ni, ia yang biasa2 saja dan anda sendiri boleh mengagaknya. Kita sambung di bawahh...psttt entri pilihan DTS di sini.. (^___*)

rsz_dsc_4856rsz_dsc_4844
Untuk menu pertama mat masak lemak putih pucuk ubi. Ini atas permintaan abah mat. Masaknya amat2 mudah dan untuk menjamin kesedapannya, santan perlulah yang segar (kalau boleh), rencah juga memainkan peranan utama, macam mat guna udang kering tapi ada juga yang suka guna ikan bilis. Ini terpulang pada anda. Mat letak juga hirisan cili merah sebagai penyeri dan menyuntik sedikit rasa pedas dalam kuah lemak tadi. Kalau dah ada masak lemak, wajib ada sambal belacan. Sambal belacan tu sepenuhnya mat guna cili padi kampung dan ditumbuk halus. Kalau kebiasaannya, untuk mendapat hasil tumbuk yang halus, kita letak 3-4 butir garam kasar dan sambil tumbuk kita gesek2 sikit supaya cepat halus...Ok seterusnya.....

rsz_dsc_4851rsz_dsc_4859
Mat juga sempat bakar ikan tongkol, yang ni kerja mudah sahaja lagi2 bila anda ada kuali ajaib yang selalu mat guna tu. Kali ni ikan tongkol bersaiz kecil dan ianya lebih lembut. Selain boleh dimakan bersama sambal air asam budu macam mat buat tu, ia juga boleh dimasak lemak cili padi dengan belimbing buluh, rebung atau begitu sahaja. Yang sebelah tu macam mengerikan jeee...nampak macam tengkorak makhluk asing. Itu ikan masin, sebenarnya Bak, kalau ada masak lemak, ikan masin wajib ada, tak kesah kalau tinggal bahagian kepala pun takpe. Itu ikan masin terubuk Sarawak pemberian teman PML....

rsz_dsc_4861
Dan yang last ni, kira raja segala pewangi, mat memang tak makan lah, sebab tak tahan bau dan rasa "pedor" bila makan. Jering atau jengkol antara ulam terkenal selain petai dan kerdas. Bagi yang gemar makan jering, ulam ini ibarat "pil kuda" mereka, ada tu siap makan bertambah2 sebab terselera sangat2. Selain tu ada juga unsur2 perubatan kalau makan jering ni. Cuna bau dia tu, terutama di bilik air...Erkk boleh pengsannnn maaaaaa (>____<) . Sebab ini entri yang ringkas, jadi tak perlulah resipi, cuma masak asas2 sahaja. Ok kita jumpa dalam entri akan datang...Salam semua....

16 comments:

mas saari said...

membuka selera sungguh, terutama sambal belacan tu..

kakchik@ella said...

teringinnya nak makan tengahari kat rumah cik mat.

saya gemuk saya comel..^^ said...

macam ini boleh makan 2 pinggan ..

hOtMaMa said...

cik mat.. lauk2 kampung mmg meruntun jiwa la.. tak bole tengok.. huwaaa.. sedapnyer!!

susumanis said...

nak dtg umah cmg lah camni errrr hehehe

Errah said...

CIK MAT..FUHH..FEVERET I TUH..BAB JERING TU MMG KALAU MAKAN XHENGAT DUNIA..LAU PETAI LAGI LAH..HAHA..XKUAR RUMAH SEMINGGU LA JWBNYA

AzNuRuL AzMaN said...

dulu saya langsung tak sentuh jering..mmg tak berani langsung nak makan..mcm pahit je..bau 1 hal..

tapi bila ada org paksa suruh rasa baru tau camne rasa jering..tapi saya berani makan yg tua je la..yg org tanam dlm pasir sampai kulit dia pecah..

bila nak makan bakar dulu..kulit keras tu buang la kan..yg org ajar saya tu dia letak seulas dua bawang putih sekali..tabur garam sikit je..tapi sebab nak cepat saya letak semua dalam kuali je..mcm sangai la sampai warna dia kuning2 sikit..

kali pertama la makan camni sbb mak tak penah buat kan..mula2 macam eeeee..tapi mcm ketagih pulak rasa pait2 tu..sampai makan nasik goreng pun balun dgn jering bakar ni..cuba la..entah la yg ajar saya tu org N9..taktau la mmg resepi sana atau saya yg taktau..

mami said...

meleleh air liur dibuatnya....dahlah tengah2 ujan ni...perut plak lapar...

cikja said...

sedap nyer mkan ngn mak ayah..:)
dpt tngok menu mat pun jadi la...

Aziela said...

Aduuh..duh...teringatttt zaman kecik2 dulu. Nenek selalu masak combination lauk mcm nie. Cik Mat nie dah mengimbau kenangan selera lah. Harus masak nie..

Sari Yusa Ibrahim said...

Aduh! Kalaulah kita serumah..

Saya setuju, nak prepare bahan & nak mengemas tu yang ambil masa, kannnn

Cheetah said...

masakan kampung selalu yg terbaikkk!

wan G Silk said...

bestnya...rajin CMG masak ya..saya tak pernah tgk jering tanpa kulitnya...ni kalu letak kat meja buffet ni sah2 saya akan ambik tanpa tahu nama ulam ni ya..kekeke

Nur-nba said...

Sedapnya lauk-pauk di rumah Cik Mat.. Ermm kami yang melihatnya hanya mampu menelan air liur je.. hehe..

Hartina Arssid said...

Mak ai ini memang tahap air liur meleleh nih haih....your picture and cooking really make my mouth watering.


Cheers,
www.mylittlewing12.com

MY MintRoom said...

Menyelerakan tahap gaban

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.