BEN ASHAARI

Tuesday, June 26, 2012

TAK MASAK, MAKAN YANG NI SAJA...

rsz_dsc_3568
Salam semua, waktu macam ni dah kita petang kan?..Aku ni fill betullah, sebab pada mat kalau dah lepas 12 pm, dah masuk petang, takleh dah nak kata selamat tengah hari. Tak kesah lah, anda dah santap tengah hari atau bahasa2 orang kota "lunch"?.Apa menu hari ni agaknya. Mat mungkin masak petang, kalau rajin lah. Cuma entri ni mat nak share sarapan pagi tadi. Kadang2 macam nak pitam asyik makan quaker oat hari2, jemu dah tapi sebab atas nasihat doktor, aku belasah je lah..selagi benda tu elok. Semalam kan mat pi beli barang2 dapur, jadi masa pi Mydin, ternampak ada jual Wraps seperti gambar dibawah tu. Rembat lah satu paket, nak test rasa macam mana. Sebelum ni tak perasan pulak ke memang takde eks. Benda ni kurang lebih macam tortila atau capati. Pagi tadi dengan lebihan ayam panggang yang ada kat rumah, pun beli juga, bukan mat buat, dan sayur2an maka kita kasi test ini wraps, sedap ke tidak. Sos pulak ikut kesukaan masing2, mat cuma guna sandwich spread dan sos seribu pulau. Kalau takde anda boleh guna mayonnaise dan campur lah dengan sos cili sikit nak kasi rasa lagi sedap, nak nampk oriental, kasi letak cincangan bawang putih dan sedikit madu, kacau rata2. Kalau anda nak tambah parutan keju pun boleh, tak jadi masalah...tapi kolestrol siap lah...huhu

Ni contoh Wraps yang mat beli di Mydin, rasanya di Giant pun ada, tapi Tesco belum ada lagi nampaknya. Ada 3 perasa, dan setiap paket diisi dengan 8 keping wraps. Bila dah buka ia akan tahan 3 hari bila disimpan dalam peti sejuk dan 3 bulan dalam freezer, tapi perlu dibungkus elok2. Ok tu saja...jomm resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping "warps" (seperti dalam gambar)
Sandwich spread secukupnya (atau pun mayonnaise)
Sos Thousand island secukupnya
Hirisan bawang besar
Hirisan timun, hiris memanjang
1/4 bahagian trafficlight capsicum, hiris memanjang
Daun salad secukupnya (mat guna butterhead salad)
1 keping dada ayam yang telah dipanggang atau digoreng, hiris serong memanjang
6 biji black olive
6 biji green olive

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping wraps tadi, sapu dengan sandwich spread rata2. Susun daun salad, hirisan timun,  hirisan bawang besar, trafficlight capsicum dan akhir sekali susun kepingan ayam yang telah dihiris. 
  2. Paipkan sos thousand island atasnya, tabur dengan black and green olive, gulung kemas2 dan cucuk dengan lidi sate bersih untuk mengekalkan bentuk nya. Buat kaedah sama untuk baki bahan2. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda letak inti seakan2 pizza, boleh juga dibakar sekejap dalam oven atau atas non-stick pan hingga perang. Bahan isian terpulang pada apa yang anda suka...Selamat mencuba!..

9 comments:

Puan Fifiey said...

kiter pun suka tortila ni... tampal pada telur mata best.. cicah sambal tumis bilis..

atie @ ejay said...

bestnya..dah lama beli,tp duk tersimpan rapi lagi dlm peti..

Sari Yusa Ibrahim said...

baguskan simpan stok macam ni dalam fridge, nak makan tu terus jer buat intinya..

Citarasa Rinduan said...

thanks bkongsi cik mat


nanti nak cuba

ibundo said...

sempoi dan berkhasiat tu cik mat..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

makan satu dah tersandar kenyang camni ek CM

Kesuma Angsana said...

CMG wat apapun sesimple mana pun nampay hebat n mesti sedap ! hehe

mademoiselle ten said...

Yg garlic makan mcm tu pun sedap.... Kalau malas goreng je marina cheese nugget + mayo + lettuce dh cukup sedap... simple yet filling n tasty

faa.rosli said...

teringin gak buat ni...hehehe..da lama intai mende ni kat giant..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.