BEN ASHAARI

Tuesday, June 19, 2012

KUIH BAKAR DAGING.....RESIPI KAK JEE.

rsz_dsc_2787
Cobaaann dan godaan, tu je boleh mat kata. Tu hari Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad buat kuih bakar daging dan dia up di blog beliau di sini. Mat pulak tiba2 macam nak terbuat pulak. Jadi hari ni mat buat. Resipi boleh dikatakan senang dan kalau perhatikan ia kurang lebih macam kueh cara berlauk tapi versi besar. Cara membuatnya ada perbezaan sikit dan mat ikut macam mana Kak Jee sarankan. Pada mat lah kuih2 tradisi ni kalau nak sedap, kena ikut betul2 resipi, kalau kata guna santan, mesti kena guna santan, tapi tak salah nak ganti dengan susu, dan kalau kata guna telur sekian banyak, guna seperti yang disarankan. Kita pun bukan nak buat hari2. Kalau oter atau derhaka resipi sampai terlampau angat, dan hasilnya agak kurang memuaskan, jangan persalahkan resipi atau pemberi resipi, tapi salahkan diri anda. Serius ni, bukan cakap main2....

rsz_dsc_2842
Kalau ikut resipi asal, ia agak banyak, dan penduduk rumah mat pun tak ramai sangat, maka mat buat 1/2 adunan dan jika resipi asal menggunakan 5 biji telur, ia jadi agak keliru. Mat selalunya guna 3 dan cecair contoh air yang digunakan dalam resipi tadi, mat kurangkan sedikit dalam 1 camca besar macam tu. Bila kita mencuba apa2 resipi sekali pun, kena guna akal logik, mat pun bukan lah pandai, cuma belajar dari pengalaman. Kita pun banyak kali juga buat silap. Baru2 ni mat belajar sesuatu dari Kak Yatie Memories....terima kasih kak.. 

page
Untuk kuih bakar daging ini mat guna 2 jenis acuan lama yang mat ada. Satu tu acuan kuih bakar kemboja jenis kecil seikit  dan pecah enam (mat nampak Kak Jee guna yang pecah lapan). Dan satu lagi bekas bentuk buah ceremai besar. Yang tu pemberian waris2 pada bonda mat masa beliau berusia 11 tahun, milik arwah nenek kami yang menetap di Rembau Negeri Sembilan. Tadi mat guna dan sikit pun tak melekat, walaupun usia bekas tu hampir 80 tahun...comel jee. Resipi akan menghasilkan 2 keping kuih bentuk ceremai dan 2 keping betuk bunga pecah enam. Terima kasih pada Kak Jee dan kita lihat resipi yang telah mat bahagi dua...

BAHAN-BAHAN KUIH BAKAR :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)
3 biji telur gred A
180 ml air
Sedikit garam
Minyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega atau marjerin)
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, didadu kecil, untuk hiasan
Sos cili sebagai pencicah

BAHAN INTI DAGING :-)
150 gram daging kisar (atau daging batang pinang yang dipotong kecil2)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Hirisan daun sup secukupnya
Sedikit hirisan cili merah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI DAGING :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari daging dan kacau rata. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api (ini optional, tak nak letak pun takpe). Sejukkan.
  2. UNTUK ADUNAN KUIH BAKAR :- Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung, kacau lagi hingga tidak berbintil2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit garam, garam sikit saja nak bagi rasa lemak, inti nanti pun dah ada garam. Tapis dan ketepikan. Atau anda boleh masukkan dalam blender dan kisar halus.
  3. UNTUK KUIH BAKAR DAGING :- Panaskan acuan atas dapur, guna api sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 camca besar), kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian2 tepi kuih nampak garing. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata2. Tutup permukaan acuan sekejap. 
  4. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja (mat guna api "grill"). Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan.
  5. Buat kaedah sama pada baki adunan tadi. Guna 2 acuan jika ada untuk mempercepatkan proses membakar. Atau anda boleh cuba bakar dalam tin seperti kuih bakar atau bingka yang lain. Hidangkan bersama sos cili....Selamat mencuba!...



5 comments:

Mk Syahir said...

baca resepi terbaik pcm sambil count PV tunggu 14m..laju je bergerak =)

Iffah Afeefah said...

erm spt biasa

memang melelehhhh

Yatie said...

waduhhhhh...godaannnnnn...

Angeline Tan said...

I will try this. Nice

Kjee said...

kjee terlepas pandang entry ni. Kelazzzzz

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.