BEN ASHAARI

Saturday, June 23, 2012

GULAI PISANG LADA HITAM..

rsz_dsc_3296
Pagi tadi sebenarnya kami ke Kluang, jadi sebelum pergi tu mat sempat masak gulai pisang lada hitam. Masa ronda2 kat tepi rumah, nampak ada pisang emas yang mengkal tapi masih belum masak. Terus teringin nak gulai dengan lada hitam. Kebetulan ada tulang ikan masin kurau, jadi mat tambah lah dalam 2-3 ketul sebagai perencahnya. Kalau ada cendawan tekukur atau kulat sisir, lagii lah sedap, cuma kalau mat tak berapa suka masak dengan lada hitam, kalau ada cendawan. Kali ni mat letak serai agak lebih dalam 4 batang. Terpulang samada anda nak letak sikit pun ok. Kata bonda mat kerat pisang tu agak besar, tapi mat suka pisang tu a bit chunky dan kalau makan kena gigit2 dulu, takde lah main masuk seketul2 macam tu. Ada org suka tumbuk, tapi mat suka hiris saja. Untuk resipi ni mat tak rebus dulu pisang tu, tapi mat masak terus dengan rencah2 dan santan cair hingga pisang lembut. Satu lagi garam kena jaga ok, sebab guna tulang ikan masin kurau. Resipi mudah seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang emas yang muda 
3 - 4 ketul keratan tulang ikan masin kurau yang masih berdaging, rendam
4 batang serai, dititik
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis, rendam
3/4 camca besar lada hitam biji
Secubit belacan
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas kulit luarnya, hiris sederhana tebal,(terpulang nak hiris serong atau pepat) dan rendam. Buat hingga siap. Toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Gaul rata dan masak atas api hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga pisang sedikit lembut. Masukkan tulang ikan masin tadi (toskan), biar mendidih perlahan, jika perlu tambah air. Bila pisang empuk, tuang pati santan, kacau perlahan dan tambah garam jika perlu. Masukkan juga sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar 3 - 4 jam untuk mendapat rasa yang lebih sedap..

7 comments:

Mrs said...

I learn about Ikan Masin Kurau in Malaysia 6 years ago, dan sekarang I eat Malaysian food more than the local...

Saya suka resipi sambal Encik Mat Juga...

Blog Encik ni dah macam kitab suci saya kalau teringin makanan a la kampung..

Azie said...

Lapor diri lapor diri. Sedap nyer gulai lemak ni

Sari Yusa Ibrahim said...

wah, memang sedap ni. mak kita dulu selalu masak..

cikmanggis said...

salam Mat..tetiba teringin nak makan gulai pisang cam ni..alahai..mana nak cari malam malam ni:)selamat berhujung minggu Mat:)

mademoiselle ten said...

Kalau ada sambal belacan lg terangkat... makcik saya masak dgn kulit2 pisang sekali

siti sabri said...

Wah xpenah tgk gulai pisang..ni pertama kali..erm byk lg nk kena bjar dgn chef mat ni

Coretan anuar said...

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan melawat blog encik Mat..

Nak tengok menu apa yang encik Mat masak pada kali ni..

Sekali tengok Gulai Pisang Lada Hitam..

OK.. tengok sikit resepi.. Memang best..

P/s: Berita Panas!! Eyriqazz vs Denaihati.. (Klik Di Sini)