BEN ASHAARI

Saturday, June 23, 2012

CLASSIC DURIAN CHEESECAKE

rsz_dsc_3257
Assalammualaikum, salam Sabtu dan selamat petang. Baru sempat bersiaran. Semalam mat tak masak, ok lah bukan tak masak, tapi mat masak benda2 biasa sangat, dan rasa tak perlulah nak up sebagai entri di blog. Tapi semalam dalam ke bosanan nak memasak, jiran belakang bagi durian pulak, wahh ini sudah bagus, terus buat projek classic durian cheesecake yang sesungguhnya sedap, kaya, lemak dan berkrim....hmm, siap lah kolestrol semua naik (tapi mat makan juga lah sikit sebagai syarat aku yang buat). Mat buat 1/2 adunan memandangkan cream cheese ada seketul sahaja. Kan kita buat dia, jadi gunakan pengalaman dan skill yang kita tau. Tapikan buat kek keju durian ni mudah, tidak memeningkan dan semua orang boleh lakukannya, apa yang perlu ialah kesabaran dan fokus masa membuat, jangan buat sambil lewaaa...

rsz_dsc_3279

Kalau tanya rasa dia macam mana? Nak tau secara jujur?. Bagi penggemar durian dan kek keju, anda harus cuba. Rasa dia lemak, harum dan rasa keju tu sungguh seimbang dengan durian. Base dia mat guna biskut marie dan badam keping yang dibakar harum. Satu lagi untuk resipi ini mat buat dalam loyang bulat berukuran 6 inci dan bukan jenis loose bottom atau springform pan. Macam mana mat buat, yang tu nanti kita cerita yea. Kek ni perlu disejukkan dalam oven, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang2nya 4 - 5 jam.Kek yang mat buat ni siap malam, jadi mat simpan sampai esoknya dalam peti sejuk. Gunakan pisau yang dilayur atas api untuk melicinkan tepi2 kek keju tadi jika terdapat kecacatan. Ok jomm kita semak resipi classic durian cheesecake....

BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung

P1310250P1310254
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. UNTUK DASAR KEK :- Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.
  3. UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.
  4. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Mat bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan.
  5. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi (seperti dalam gambar). Hias ikut suka dan hidangkan...

13 comments:

Siti Aisya mzm-fc said...

Salam CMG.. wah sedapnye kek doyan, makan time panas2 gini mmg sedap

azila said...

Kecurrrrrr air liur:)

Prince said...

Hai .saya singgah sebentar di blog ini sambil godek-godek entry yang menarik.Blog yang sangat menarik dan juga content yang cukup bagus.Hope suatu hari nanti blog saya akan turut jadi macam blog yang hebat ini.

Jom baca 3 entry terbaru saya.
# Adakah Telan Air Mani Boleh Sebabkan Mengandung ?
# Hukum Suami Pancut Luar Semasa Jimak
# Sebab Islam Mengharamkan Seks Melalui Dubur

Mohamad Husaini Kailani said...

Salam CMG, sangat teruja dgn durian cheesecake ni...semlm saya cuba oreo cuppies tu best sangat...
JazakAllahkhairan CMG tak lokek ilmu memasak... Blog u mmg jadi walking resipi book saya :-)

ummiaisyah said...

terima kasih cik mat ajor kekdah lapik loyang tu...mmg berguna utk sy ni

i'mNOTmasterchef said...

ku tergodaaaaa~

Coretan anuar said...

Cantiknya Classic Durian Chesscake ni.. Kalau dekat luar dah nampak cantik, tentu sedap rasanya..

P/s: Berita Panas!! Eyriqazz vs Denaihati.. (Klik Di Sini)

Ummi said...

Weeeee...sampai hati ko Mat..! Huhuu..

cheeze maz said...

salam Kak...

nak cuba buat jugalah. tapi saya nak guna serbuk keju CHEEZE MAZ. hehehe

Dib said...

dah try buat dah...mmg sedap terima kasih sbb kongsi resepi...

Stephanie_Love said...

Tak paham method dia lah ... mintak tlg terangkan lagi bole? Email kan kat naskoliahchya@gmail.com

Naura tuffah said...

Yakin enak bngt iniii .. teringin nak icoba ..tks buat resepinya 😊

miss wawa said...

saya tengah buat kek ni... tak sabar nak tggu kek masak !!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.