BEN ASHAARI

Wednesday, June 27, 2012

BRUSSELS SPROUT WIF HONEY CHICKEN..

rsz_dsc_3699
Salam petang semua, dah makan?...Mat hari ni lewat sikit makan, masa tulis entri ni masih belum santap sebab tadi sedara kami ada bagi mi sup, jadi dah makan dan masih penuh lagi. Tadi mat masak Brussels sprout, dan mat pernah masak sekali dulu. Brussels sprout ni rupa dia macam kobis bantut, kecil2 dan comel je. Harga agak mahal, kalau di Tesco 1 kotak seberat 250 gm kurang lebih RM 11+, tapi kan yang ni mat beli stok akhir, dakam RM 3 sekotak. Bila stok akhir tu bukan bermakna dah rosak tapi kemungkinan telah sampai tempoh yang sepatutnya, jadi Tesco jual dengan harga yang murah. Brussels sprout ni ada rasa sedikit pahit, maka seperti biasa mat akan celur sekejap dalam air mendidih bergaram selama seminit. Toskan dan boleh dimasak. Tapi sebelum tu anda kena buat hirisan bersilang pada pangkalnya seperti di sini. Mat tambah juga hirisan daging ayam. Ok kita lihat resipi mudah ini...Dan sebelum itu kita lihat entri pilihan DTS di sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 kotak brussel sprout (1 kotak = 250 gram)
100 gram daging ayam, hiris memanjang
1 camca besar chili flakes
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
2 camca besar madu
1 camca besar cincangan daun parsley
1 camca besar mentega
1 camca besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit parsley untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bersihkan brussels sprout, buang kelopak2 daunnya yang kekuningan. Buat hirisan bersilang pada bahagian bawah brussels sprout. Cuci dan toskan. Kemudian celur selama 1 minit dalam air panas mendidih bergaram, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis bawang putih, bawang holland dan chili flakes hingga harum, masukkan ayam dan masak hingga ayam berubah warna, guna api sederhana. Tambah madu dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Bila pekat, masukkan brussles sprout tadi gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masukkan cincangan parsley dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan parsley sebelum dihidangkan.


11 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

oo br tau.ingatkan baby kobis...x pernah makan lg sayur ni CM

Que Achmad said...

laaaaaa, sedap sungguh la Che Mat....... Nk kena cuba buat ni

ross@kitchen said...

Looks delicious!
fell free to visit me at
http://www.facebook.com/rossatkitchen

thank u =)

Shima Chee said...

suka tgk resepi dari mat ni....tabik kat mat....hehehehe

Zulfadly said...

saya dekat sini selalu makan kobis kecik ni, sedap, crunchy kalo goreng,

Ibu Aina Iman said...

sedap ke che mat sayur tu? sy ni masak mmg hari2...tp tak pernah nak cuba lebih dr biasa...biasa nyer ikut sedap tekak sndiri jek. pendek kata, semua ala2 kampung je laa. pastu takde laa cik kak ni nak masukkan gambar...dh minta kt cik abe belikan kamera...tp harammmmmm....tak dpt pun lg.

p/s: teringin nak jd blogger masak cam che mat gebu...dan tingin nak kenal ke sedenak.....sgt terpanggil2...taw :D

misshannajr said...

bantut pun bantut la..bila dah masuk kuali CMG kompom tak terbantut langsung selera haha

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

waduhhhhhhhhhh terus lapor dibuatnyaaa hehehe

faa.rosli said...

rasa kobis ke sayur ni?

Encik Zaharin said...

comel sayur tu..betul ..mcm kobis bantut..rasanya musti best

mademoiselle ten said...

Selalu beli yg frozen je...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.