BEN ASHAARI

Tuesday, June 19, 2012

AYAM MASAK ASAM TUMIS TEMPOYAK...

rsz_dsc_2899
Salam Selasa. Dah makan ke?...Mat lewat sikit lah makan, tapi dah masak, cuaca panas2 ni rasa macam nak makan bubur nasi pulak. Tapi hari ni mat saja cuba masak satu resipi sama yang diolah. Kalau pertama kali masak guna ikan, lepas udang dan kali ni guna ayam pulak. Mat tak delah masak banyak, cuma guna 2 kepingan peha ayam yang mat potong 3 bahagian setiap keping. Lepas tu letak belimbing buluh dalam 10 biji. Sedap makan masam2 ni, lagi lah kalau masakan tu pedas. Mat tumis sedikit, dan bahan utama sudah semestinya cilipadi dan tempoyak. Serai, halia dan daun kunyit mat letak sama. Pedas tu terpulang pada anda. Untuk resipi ini mat guna kurang lebih 15 biji cili padi thai yang merah. Kalau nak guna cili kampung, lagi sedap. Selain belimbing, anda boleh ganti dengan tomato. Kita semak resipi seperti dibawah ini, amat mudah untuk menyediakannya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 bahagian potongan ayam (atau lebih), cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci halia, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji cili padi thai merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar dan masak sekejap. Masukkan tempoyak dan kacau rata. Tambah ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor. Masak hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masuk daun kunyit dan akhir sekali belimbing buluh. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

8 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum cmg..
ermm x perna makan tempoyak lg.. huhuu... :D. nampak sgt sedap

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

assalamualaikum..
menarik! tak pernah terbayang blh buat menu camni. selalu ikan je.saya penggemar tempoyak.wahh..tq cm..nak salin resepi ye

CINTA UNTUK KITA said...

huhu bau je tadi mkn mak msk ikn keli tempoyak.. huhu then ms kat kg phg dlu, pnh gak mkn ayam msk tempoyak ni. mmg sedap! :)

kakchik@ella said...

KC tak penah buat versi ayam, cik mat. kreatippp.

Kesuma Angsana said...

CMG : ayam pun leh buat masak cam ni ye ! mesti cuba ni

Afasz said...

terliur la tgk ...nyum nyum ...sedap nye.

nita said...

nampak cam sedap, nanti nak trylah..kite amik resepi ni k ^_^
TQ CMG

Angeline Tan said...

Nice

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.