BEN ASHAARI

Thursday, June 14, 2012

ASAM TUMIS TEMPOYAK SEKALI LAGI.....TAPI......

rsz_dsc_2419
Salam Khamis, dah makan?...Hari ni atas permintaan bonda yang berpuasa mat masak sekali lagi asam tumis tempoyak. Kalau semalam guna ikan tenggiri dan timun, ni kali kita tukar dengan udang dan peria katak. Kata bonda jangan susah, masak macam semalam pun ok..aku suka..wahh terima kasih lah bonda, sonang kojo den...hehe. Cara masak dia sama saja, juga bahan2 pun sama, cuma peria katak tu mat rendam dalam air garam dalam 15 minit, udang pulak jenis kaki merah, agak besar dan mat guna dalam 5 ekor. Tapi bahan terpenting sudah tentulah tempoyak. Kalau tempoyak takde, seri dia pun hilang. Masakkan macam ni masak awal lagi bagus, sampai masa nak makan rasa dia lebih mesra. Ok resipi mudah seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor udang bersaiz besar (agak besar)
2 batan serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
1 kiub ikan bilis (optional)
4 biji peria katak
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1 helai daun kunyit, hiris halus untuk hiasan

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung (yang merah sahaja)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci dan toskan. Peria katak dibelah dua, buang isi dalamnya dan belah dua tapi tak putus untuk setiap belahan. Rendam dalam air bergaram selama 15 minit. Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk halus hingga harum, tambah tempoyak dan kacau rata masak sekejap, guna api kecil. Tuang air, kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna), udang dan peria katak tadi. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4. Akhir sekali tambah daun kunyit, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

7 comments:

Iffah Afeefah said...

tapi versi udang

Mat Gebu said...

@ Iffah - yea iffah, yg ni versi udang wif peria katak..

adda syuhada said...

agknya ngam la kot..peria yang pahit2 ckit lawan ngn manis2 udang...masam2 tempoyak....

mademoiselle ten said...

Seronok mak2 yg ada anak mcm cmg

HaSue said...

Perghh..! sebut tempoyak dah meleleh air liuq.. lama dah tempoyak bertapa dalam esbok tu ha..hehe

Gadis Kampung said...

sedap asam pedas mat gebu buat...

nor dila said...

salam cmg,,,im new bloggers and suka sangat lwt blog ni,,always ada idea baru masakan,,kdg kalau saya x da idea sy terus masuk blog ni,,then trus ada idea,,terima kasih byk2,,

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.