BEN ASHAARI

Monday, May 14, 2012

UDANG GORENG KUNYIT..

rsz_dsc_7920
Malam semua, satu entri menu yang cukup mudah untuk dibuat dan memang tidak banyak karenah. Sedap dimakan begitu sahaja, atau bersama bubur nasi maupun nasi putih. Udang ni mat beli kat TESCO, seperti anda tau sekarang kan TESCO menawarkan harga yang boleh dikatakan murah. Tapi ini udang kolam atau udang bela, yang diberi makan, bukan udang laut. Ada beza ke?..Mesti ada beza, yang mat perasan lah kan, udang laut yang dari laut betul, isi dia lebih kenyal dan jika anda simpan udang tu dalam freezer dan kita masak kemudian, ia masih mengekalkan keanjalan isi nya. Udang bela sedikit berlainan, bila kita simpan lama sedikit, dan dimasak, isi dia sedikit lembut dan rapuh (ini jika anda masak tanpa membuang kulit). Rasa mat ini bergantung pada bahan2 makanan udang tadi. Satu lagi udang kolam dikatakan kolestrol lebih tinggi dari udang yang ditangkap dari laut lepas, yang ni bukan mat reka2, tapi Dr Aziz seorang Dr pakar yang merawat bonda yang kata begitu (Seniwati Sarimah berubat kanser dengan Dr Aziz ni lahh...)..erkk terpanjang pulak cerita. Apa2 pun kita semak resipi mudah ini.......

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar, gunting muncung dan kaki2nya, cuci bersih dan toskkan
2 - 3 tangkai kacang panjang, dikerat pendek2
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul udang tadi dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit gula. Perap sekejap. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan goreng hingga udang berubah warna dan kelihatan sedikit kering.
  2. Masukkan semua bahan2 lain, kecuali hirisan daun bawang. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan dan jika ada minyak, toskan. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang. Sedap dimakan bersama nasi hangat, bubur nasi atau begitu sahaja..

15 comments:

Bicara Kak Noor said...

beso nya udang cikmat makan panas2 sedap ni tak cukup rasanya tu hehee

Mat Gebu said...

@ bicara kak noor - huhu kak, cuma makan 3 ekor je kak, takut gak gatal nanti..

shahlin said...

Mat, memang terasa2 tekak ni nak telan udang. Pastu pikir kat manalah nak beli udang n nak masak apa yang senang n sedap. Singgah sini terus dpt jawapan! tnx bro ;)

Citarasa Rinduan said...

peberat pelanggan ayu tu

cmg, ayu minat lah citer ttg dr aziz... cer.. cer lebarkan pemahaman dan pengetahuan ayu

Rozuan Ismail said...

kalau wan, ayam goreng kunyit mmg feveret. tapi udang goreng kunyit pon sebat jugak

Eny Yusnizar said...

sedapnye sedapnye!!

ibundo said...

salam che mat. Telio nengok udang yang melengkar tu

Berry Biru Kraf said...

lalaaa..jalan2 kat blog CM..amik aroma pun jadi daa...

d i d a said...

alamak mcm tersama pulak menu kita mlm ni ye CMG..tapi hat CMG punya ni lagi best, kita goreng 'bodo' je hihi

Mas Michiko said...

cedapnyerrrr CM... sy klu mkn nasi ada satu lauk ni dh cukup! hurmmm sgguh menyelerakan...

Noniey said...

menu yang simple tapi sedapp

♥MAMASYAZA♥ said...

udang goreng kunyit, mmg sedapppp

mayangsayang said...

sedapnye oooodang tu... beso tu .. puas makan ...

iizza said...

anak-anak sy suka menu ni nih..

Mat Bius said...

Resepi cik mat semua simple dan sodap..thx u :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.