BEN ASHAARI

Thursday, May 17, 2012

TERUNG SALAI BERSOS HOISIN..

rsz_dsc_8443
Terung lagi....ha ah, nak habiskan baki 3 biji terung sakura pearl, yang mat beli kat TESCO, tapi yang ini mat masak semalam. Terung Sakura Pearl ini ditanam secara sehat, tanpa racun serangga, rasa dia lebih segar dan manis. Tomato ceri dia pun sedap, tu hari 1 kotak kecik tu habis ok mat gebu makan, sambil duduk2 termenung tepi sinki dapur. Rasa dia sweet2, masam2 dan lemak2, rangup pun yea juga. Harga pun tak delah mahal sangat, kira boleh lah. Semalam mat ke Johor dan singgah ke pasar basah Kiptmart di Tampoi, sekarang ni musim kurang ikan, ada pun ikan yang tak menepati citarasa, nampak sotong, tapi i cannot eat sotong, nanti jadi miang u...tak rela miang2 ni semua. Bila sampai part jual sayur, hmm ok lah nampak segar, tapi harga mahal juga. Kalau bagi dua pilihan sama ada berbelanja di pasar basah atau Tesco..mat akan pilih Tesco lah, bukan sebab ia nampak kemas, sejuk dan lebih ok, tapi barang2 dia pun ok, lebih murah dari pasar basah..seriuss nih. Cuma adventure tu agak kurang lah sikit....kita lihat resipi seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHNNYA :-)
3 biji terung saiz sederhana
Ikan bilis secukupnya, digoreng garing dan toskan
Cili merah, belah, buang biji dan dadu halus
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan
2 camca besar sos hoisin
1 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2 kiub pati ikan bilis (pilih yang tanpa MSG)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terunga dikupas sedikit kulitnya, belah dua setiap satu, kemudian kerat dua setiap belahan, rendam dalam air. Kemudian lap kering dan salai dalam non-stick pan hingga terung lembut. Angkat dan susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos hoisin, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang atas terung tadi, ratakan. Tabur ikan bilis goreng, cili merah dan hirisan daun bawang. Hidanga segera.....


3 comments:

Kak Nita said...

Sedapnya cik mat....mai semangkuk..hehehe

iela said...

Sedapnyerrrr...cik mat pakai sos hoisin jenama apa ek?

Jemari Oren said...

memang tak penah buat salai menyalai nih. idea yang menarik, tkasih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.