BEN ASHAARI

Wednesday, May 16, 2012

ROTI OH ROTI... BUAT LAIN JADI LAIN...

rsz_dsc_8552
Petang semua. Tadi buat roti, tapi tak berapa nak puas hati. Mat plan nak buat bun kosong saja, nak makan dengan sambal tumis, tapi masa borak2 aku tuang pes pandan dalam dia, ingatkan esen vanilla (sebab roti ni guna telur, tu pasal mat guna sedikit esen vanilla). Grrr...geram, tulah kalau buat keje tergocoh2, dan dalam masa sama tak berikan tumpuan, takpe lah memang salah sendiri. Tapi anak2 buah kata sedap, nasib baik lah kan...boleh lah. Mat buat sikit saja dan dapat 6 biji bun (seperti resipi di bawah ini). Mat tabur paruta keju cheddar atasnya dan sedikit gula . Satu lagi kalau anda nak letak kismis atau coklat cip pun boleh, untuk resipi ini mat letak dalam acuan kek chiffon saiz kecil. Apa2 pun alhamdulillah roti jadi elok dan habis dah pun....erkk...terus sendawa, oitt..buka mat gebu belasah semua yea (mentang2 ai gebu). Mat makan dengan anak2 buah tadilah...Ambooihh!!...Oh yeaa..resipi asal dari Kak Rinn Chan...terima kasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
175 gram tepung roti
100 ml susu (disejukkan)
25 gram gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
10 gram coffemate
30 gram telur (1 biji telur, pecah, kacau sedikit dan timbang)
15 gram mentega
3/4 camca teh pes pandan
Parutan keju cheddar untuk hiasan
Sedikit gula, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung, yeast, coffemate, gula halus, garam dan bread improver dalam mangkuk adunan,  gunakan dough hook, gaul rata. Tuang susu dan telur, terus mengadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan pes pandan, uli hingga mendapat doh yang elestik dan kenyal, adunan lembut sedikit. Tutup dengan plastik dan perap 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 ke dalam bread maker kecual parutan keju dan gula untuk hiasan. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, sebelum tu tabur sedikit tepung pada meja kerja. Bahagi doh pada 6 bahagian sama besar (kalau rajin boleh timbang). Bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah dilenser sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit atau hingga naik. Sapu baki telur tadi, tabur gula dan parutan keju rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dihidangkan..


14 comments:

Gieyana said...

Mmg nmpak marveless..:)

MANISMANIS said...

lembutnya menggoda...

wan G Silk said...

hahaha..moral of the story, kalu nak buat apa2 tu, fokus fokus fokus...hehe ;-)

Nieza said...

nampak gebus sangat roti ni cik mat..dgn harum pandan lagi tu lagilah sedap.

mademoiselle ten said...

Roti incredible hulk

Citarasa Rinduan said...

30 gram telur, CMG.. maksudnya kalau sebiji beratnya tak sampai 30 gram kan???

bada said...

jd juga rotinye

Mas said...

gebuuunyaaaaaaa.........
roti tu pun cantikk hijaunya....

umi's cup cake said...

Untung tangan yang gebu kan..buat apa pun jadi...alhamdulillah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

gebu dan nmpk seksi ngan warna hijau tu CM..ala, warna je tak jejas rasa kan...nak sikit!

iizza said...

rajinnya buat roti..kalau sy buat kt kedai jer la..hehe

rita said...

cantiknya roti CMG...even kaler ijau sekalipun tp terserlah kecantikan & kelembutan roti tu...bole la try buat nti...

wany sweties said...

salam.. mat gebu kongsi la resepi untuk baby...

ewancantabile said...

Kuat derhaka tu yang automatik menderhaka tu hahaha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.