NASI LEMAK BUAH BIDARA.....

rsz_dsc_0212

Assalammualaikum, salam Sabtu. Dah sarapan?. Mat pagi ni masak nasi lemak, untuk mereka2 yang nak nasi lemak, dan mat gebu makan quaker oat (tapi jamah jugalah sikit nasi lemak...gulp...telan air liur okeh..huhu). Nasi lemak satu masakan biasa bagi orang2 Malaysia. Walaupun dari segi kesihatan memakan nasi lemak kerap adalah kurang elok, tapi ia tetap menjadi pilihan. Apa2 jua makanan sekali pun beragak2 lah kan. Mat suka masak nasi lemak, lagi2 guna beras basmathi. Banyak gaya masakan nasi lemak di Malaysia ni, tapi bahan asas untuk nasi lemak sudah pasti beras berkualiti, santan segar, garam dan daun pandan (wajib ada). Dan sebagai bahan penambah aroma, ada yang letak halia, bawang putih, serai, belahan bawang besar dan halba. Itu mungkin mengikut negeri masing2. Satu lagi saranan mat, beras basmathi adalah pilihan terbaik, dan ia lebih mudah untuk menyukat cecairnya, terutama bagi mereka2 yang kurang biasa memasak nasi lemak.

rsz_dsc_0257

Bahan sampingan untuk dimakan bersama nasi lemak ini sudah semesti sambal tumis, timun, telur (samada direbus atau digoreng) dan ada juga yang meletakkan kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, ayam goreng rempah dan sebagainya. Zaman sekarang ni mat lihat nasi lemak hampir hilang identitinya bila ia di letak dengan pelbagai lauk pauk lain, dengan rendang dan macam2 lagi. Bila makan kenikmatan nasi lemak itu sendiri tenggelam dek rasa lauk-pauk yang dimakan bersama. Tapi itu hanya pandangan mat saja lah, mungkin orang lain lebih suka menikamti nasi lemak dengan gaya macam tu. Untuk resipi ini mat guna ayam yang mat panggang, resipi dari sini, mat memang perap lebih tu hari dan simpan dalam freezer, jadi bila nak guna, mat keluarkan awal2 biar lembut, tinggal bakar sahaja. Ok kita semak resipi mudah ni, jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna basmathi Moghul)
6 cawan santan kelapa segar
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Hirisan timun
Telur rebus
Ayam goreng @ panggang
Ikan bilis goreng (optional)
Kacang tanah goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci beras, dan rendam 30 minit, kemudian toskan. Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang santan, masukkan serai, bawang besar, bawang putih, daun pandan, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi masak. Gemburkan dengan chostick, tapi jangan lama2, cukup 3 - 4 kali gaul saja. Kemudian off kan suis rice cooker. Biar 10 minit lagi. Cedok nasi lemak tadi secukupnya dan letak dalam pinggan sesuai. Letak bahan2 sampingan dan hidangkan.....Selamat mencuba semua!

Post a Comment

4 Comments

  1. Memang ada bezalah Mat, nasi lemak yang asli berlauk ikan bilis, telur rebus, sambal, timun & kacang tanah berbanding lauk-pauk nasi lemak yang pelbagai, lagi satu aroma nasi lemak makin hilang sebab jarang dah dibungkus dengan daun pisang...

    ReplyDelete
  2. CMG, hari tu kak yati ada tengok resepi nasi lemak dari mami Asmah. Dia masukkan buah pelaga yang ditumbuk sedikit(pecah sahaja) untuk mendapat baunya dalam 2,3 biji macam tu. Masukkan dalam nasi lemak bersama bawang besar kuning, dan halia serta seulas bawang putih dan serai yang dititik. memang nasi nya sangat wangi. Cuba lah walaupun kita tak letak daun pandan.Sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  3. salam,

    pada saya, resepi nasi lemak yang asli adalah sekadar

    1)nasi lemak - santan dan daun pandan, ada yang letak serai dan halia juga
    2) sambal dan ikan bilis - ada yg letak ikan bilis dalam sambal, ada yg buat sambal asing ikan bilis digoreng asing
    3) telur - rebus atau goreng atau kedua2nya
    4) timun batang - ada yang suka tambah sayur kangkung atau kacang panjang

    itu sahaja dan TIADA KACANG GORENG

    hehe. peace..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.