BEN ASHAARI

Friday, May 25, 2012

NASI GORENG BUNGA KANTAN....

rsz_dsc_0055
Assalammualaikum, selamat pagi Jumaat. Dah sarapan?. Mat pagi ni goreng nasi. Resipi biasa kan, hmm itu lah mat gebu, memang masak yang biasa2. Pada mat nasi goreng satu menu ringkas yang mudah dan menjimatkan. Boleh masukkan apa saja, ada baki ikan goreng, ayam goreng, daging atau ikan bilis semua boleh, waima sambal ikan bilis pun sesuai. Boleh letak sayuran yang anda suka, kacang, lobak merah dan sebagainya. Untuk kali ni mat ada sekuntum baki bunga kantan, jadi nak buat nasi goreng bunga kantan, mat pernah nampak kak ida 1001 resipi buat dulu diblog beliau. Tapi yang ni mat buat guna style mat sendiri sajalah. Main campak2 dan baling2, ikut apa yang ada. Mat tambah juga 1 camca besar pes tomyam dan juga  baki sambal tumis yang mat telah mat bekukan. Hirisan bunga kantan kita letak akhir dan digaul rata. Resipi seperti dibawah, dan sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS di sini.... terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
2 camca besar sambal tumis (resipi di sini)
1 keping dada ayam, hiris memanjang
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kuntum bunga kantan, hiris halus, tinggalkan sedikit untuk hiasan
1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
Sos ikan secukup rasa
Hirisan cili padi untuk hiasan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sambal tumis, serai hiris dan pes tomyam, kacau rata, Tambah mix vege dan daging ayam gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar mengeras sikit, dan kacau. Gaul rata.
  2. Masukkan nasi, dan gaul, tambah sos ikan secukup rasa dan tambah hirisan bunga kantan, kacau hingga rata. Masak sekejap dengan api besar. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, hirisan cili padi dan baki bunga kantan tadi. Hidangkan panas..

7 comments:

Emma said...

Wau! Sangat teruja...lapar terus

Yatie said...

lapor lerrrrr..mintak sepiring....alaaa..takkan tak boleh...majuklah..he3..(terliur sangat ni Che Mat..)

Chah said...

Mmg masuk sini semua idangan kreatif, ai like cikmat!

Saya Disini said...

sedpnye

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum cmg...
Alahai!!! Sedapnya tu nasi goreng bunga kantan... Terliur tgk tau...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

assalamualaikum CM..
siap ada bunga kantan, macam nasi goreng kerabu agaknya wangi bau dia

[noriza] said...

cik mat,

nampak menyelerakan. saya selalu lawat blog cik mat nak cari resepi. terima kasih sangat pada cik amt sudi kongsi resepi2 di sini. masalah utama bukak blog cik mat gebu ni: kalau tak lapar jadi lapar, kalau lapar bertambah lapar :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.