BEN ASHAARI

Thursday, May 17, 2012

IKAN TENGGIRI BERSOS BLACK PEPPER.

rsz_dsc_8748
Saja nak share yang mat masak tengah hari tadi. Selain ini mat ada gak masak yang tumis air petola manis, lepas tu bonda buat sambal terung pipit, sebab yang tu biasa dah kat DTS, mat tak perlu letak lah kan. Kalau yang ini pun biasa juga, cuma pada mat lebih menarik sikit lah. Mat guna 3 keping hirisan ikan tenggiri. Kalau anda nak guna ikan merah pun sedap. Biar ikan yang banyak daging, baru senang nak makan. Resipi ni ala2 masak kicap saja, cuma mat tak gaul ikan tadi sekali dengan kuah, mat tuang kemudian. Ok lah no more story, no idea oredi..kita semak resipi jee lah, seperti di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan tenggiri
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris bulat
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap manis (mat guna kicap JALEN)
Cili merah didadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Daun salad untuk hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tenggiri digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, Kemudian goreng tapi jangan sampai garing, biar dia lembap2 sedikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingg harum, masukkan bawang putih dan halia, tumis sekejap.
  3. Tambah sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis, kacau rata. Tambah leek dan bawang besar. Masak hingga bawang layu dan pekat. Rasa dan jika ok matikan api.
  4. Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula ikan goreng, curah no. 3 atas ikan tadi dan ratakan. Tabur hirisan bawang dan cili merah cincang sebagai hiasan. Hidangkan segera bersama nasi panas..

7 comments:

RiEsA said...

assalam..uish sedap nih..idea ni utk masak mlm ni ^^,

laskar pelangi said...

aduhai....masuk sini mesti jadi lapar...hihi~

lieynanilaz said...

nampak menyelerakan...:)

FnF Simple Life said...

sedapnye...lapar nasik dah...hari ni tak dapat makan nasi sebab beras biasa habis...esok baru nak beli beras kat masjid. fnf ada beras jepun je. buat sushi...

iizza said...

ni kalau pakai ikan cencaru pn sedapkan..esok nk buat la..ikan cencaru ada dalam peti ais tu..:)

Rozuan Ismail said...

sedapnya. tak pernah try lagi resepi ni

Fify Firdausi said...

idea tuk msk nie..minta copy resepi ya..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.