BEN ASHAARI

Thursday, April 12, 2012

SINGGANG SERANI....PILIHAN MAT GEBU.

rsz_dsc_3081
Pilihan aku semestinya singgang, tak kesah lah singgang serani ke, singgang biasa ke, asam rebus pun ok, asam pedas lagi lah ok. Selain senang dimasak, rasa dia tu pada mat amat2 istimewa terutama kalau kita demam. Singgang serani yang mat buat ni pedas dan berangin serta beraroma. Hangat dan pendek kata kalau demam, makan ni, peluh jantan semua keluar. Selaim ikan yang mat guna ni Japanese Mackerel (JM), ikan pari, tongkol, kembong, ikan kerisi dan tenggiri juga sesuai. Terung juga boleh ditambah atau tomato. Penggunaan serai adalah elemen utama untuk singgang ini. Kenapa mat suka ikan JM?..Selain isi dia banyak, rasa dia pun takdelah tawar meleset, isi dia rasa lemak2 dan sesuatu... sahh ada yang peningkan, bila mat gebu tulis macam tu. Tak kesahlah, buat2 faham sudah lah kan... Ok ini senang sangat, seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan JM atau ikan pilihan anda
1 biji terung biru (mat guna terung jenis "sakura pearl")
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi kampung
1/2 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada beberapa bahagian, cuci bersih dan toskan. Terung, dibuang sedikit kulit, belah dua dan potong serong. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk halus, hingga harum. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis jika guna, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan terung, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain...

8 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

paling suka makan singgang nak nak kalau ada sambal belacan, kuah mesti banjir, guna pinggan mungkum, pas habis makan, angkat pinggan hirup belens kuah, hihi

Rozuan Ismail said...

macam mana boleh dapat nama serani tuh ye?

CT Delima said...

As'salam Mat

tr kasih bg resipi yng mudah dan sedap ni Mat, k.ct dah masak untuk lunch arini..hehehe. Tapi guna ikan kembung aje, itu yang ada :)

liemaopurut a.k.a ana said...

Sedapppppppp!!!

Mas Michiko said...

Wahhhhh sedapnyer... singgang ni my fav menu jgk! mesti lps ni kena try... Che Mat msk apa pon smua nmpk sedap... hehee

Naufa Sweets Shoppe said...

singgang + budu atau sambal belacan, kalu mertau lalu kat belakang pun bleh tak sedar nie

Sufi Al-Arshadiy said...

Saya pooonnnn...hehe :->

kakchik@ella said...

peminat singgang dah datang bwk tepen biru ni cik mat. nak sikitttttt

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.