SAMBAL TUMIS SARDINE...

rsz_dsc_2866
Salam tengah hari, dah siap masak?. Ni hari masak yang mudah2 sahaja. Sambal sardine antara yang menjadi pilihan mat. Bukan saja untuk dimakan bersama nasi, tapi juga boleh dimakan bersama roti dan lain2 juga. Mat guna 1 tin sardine bersaiz besar yang isi dalam dia 4 ekor ikan. Untuk sambal ini, sos sardine mat cuma guna dalam 2 camca besar sahaja. Serai juga digunapakai memandangkan sardine ada kala berbau sedikit. Kalau nak letak bunga kantan pun sedap. Resipi ini agak ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Ok kita semak resipi, sikit je cerita kali ni...takde idea dah...huhu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (mat guna jenama Pertima), asingkan ikan dan sosnya
1 biji bawang besar hiris
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 camca besar sos tomato
1/2 cawan jus asam jawa
2 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan sos tomato, dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa dan masak hingga pekat sedikit.
  2. Masukkan hirisan bawang besar dan tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan 2 camca besar sos ikan sardine. Kacau dan masuk ikan sardine, gaul perlahan2 dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau apa2 saja yang anda rasa sesuai...

Post a Comment

10 Comments

  1. assalamualaikum cik mat...sedapnya sambal sardin tu...:)

    ReplyDelete
  2. @ maszull - waalaikumussalam..hmm tu je lah yang mampu saya masak...

    ReplyDelete
  3. Memang sedap, apatah lagi Abang Mat yang masak....

    ReplyDelete
  4. Sardine pun sodap Mat... hendaknya makan dengan nasi panas...

    Saya masak ni bila idea nak masak tak ada...

    ReplyDelete
  5. oh sedapnya
    suka buat sambal sardin extra cili padi..mantaps :)

    ReplyDelete
  6. salah satu menu sardin peberet...
    sedappppnya tengok..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, memang biasa wat sambal sardin tp yg ni beza skit sb tmbh serai ngan sos tomato. Pas ni bleh la try yg ni plak. Hrp2 bleh la cik mat jln2 ke page sy. Kl bleh follow lg la sonok xtkata

    ReplyDelete
  8. Ni yang tak boleh tahan ni, tengok gambar pun dah rasa nak terkam jer sardin tu...tak pe, esok cuti, boleh try resipi ni...tinggal nak cari serai dan bunga kantan jer lagi, ahaks;)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.