BEN ASHAARI

Sunday, April 15, 2012

MUSIM VADAI/MAGELEK DATANG LAGI....

rsz_dsc_3729
Petang tadi mat buat magelek atau vadai/vadey lagi. Tu hari buat laris pulak, budak2 pun suka. Ni hari mat buat lagi, nak habis kan baki kacang dhal. Bila habis, boleh lah beli lagi...haha, tu jee lah keje si mat, habis beli, lama2 yang kat kedai tu pun habis dia beli. Bila fikri2 balik macam malas je nak letak entri ni, yelah yang sama je kan. Tapi takpelah. Bila entri ulang tayang nak tulis pun macam tatau, sebab cerita dia dah takde. Tapi untuk resipi kali ini mat ada lakukan sedikit penambahan. Penambahan apa saja lahh tu agaknya kan...hehe..adaa leerrrr.... (^__*)

rsz_dsc_3761
Tadi di FB ada sorang ni tanya mat, CM ada tips supaya vadai tak pecah masa goreng?. Kacang dhal yang kita rendam 4 jam, ditos dan kisar, mat kisar guna food processor atau guna blender pun ok, tak payah guna air, kisar sikit2. Kisar sampai hancur, tapi bukan lah halus sangat. Lepas tu gaul dengan bahan2 lain. Nak membentuk tu guna plastik yang disapu sedikit minyak (mat ikut macam mana teknik membuat yang ditunjuk oleh pemberi resipi asal). Kita kepal2 kan dan tekan sedikit biar leper macam begedil. Susun atas plastik yang disapu minyak. Masak goreng tu pastikan minyak sederhana panas. Kalau panas sangat nanti hangus dan dalam tak masak. Goreng jangan banyak2. Goreng dalam 6 - 7 keping sekali, ikut lah besar kuali anda guna. Insya Allah jadi ok dan tak pecah2. Ok kita semak resipi, walaupun sama tapi mat ada buat penambahan sikit...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, didadu
1 tangkai daun kari, dilurut, jika daun besar, hiris kecil2
1 camca besar udang kering, rendam 15 minit, dan toskan
1 batang serai, mayang halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca teh penuh jintan manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal, kemudian kisar hingga hancur, mat guna food processor dan kisar tanpa air. Bila dhal hancur, masukkan udang kering dan serai hiris, kisar sekejap biar semua sebati. Alih ke dalam bekas.
  2. Masukkan bawang besar, jintan manis, hirisan cili merah dan hijau, daun kari dan tambah garam secukup rasa. Gaul rata dan biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, letak kurang lebih 1 camca besar penuh adunan vadai, kepal sedikit dan leperkan, masa meleper tu jangan sampai nipis sangat, biar sederhana sahaja. Alih ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng vadai tadi dalam 6 - 7 keping, bergantung pada saiz kuali anda. Berhati2 semasa memasukkan vadai ke dalam minyak panas. Goreng hingga keseluruhan vadai kuning keemasan. Angkat, tos dan boleh hidangkan...

8 comments:

Kalamhati said...

nak cuba buat nanti!tq pcm!=)

Amie said...

Assalamualaikum Mat,
masa kecik2 dulu kalau ayahbonda beli kuih ni di gerai mamak, rasa ajaib betul sebab sedap sangat dan terfikir-fikir macamana nak hasilkan kuih yang sangat sedap ni....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum cmg...
Alahai!! Cantiknya vadai tu.... Nmpk sedap sgt... Tambahan lg tgk gambar yg ke 2 tu... Geram tgk..

Citarasa Rinduan said...

a`aa boh minyak sikit kat plastik br tak melekat.. thanks cmg...
baik hati cmg,, murah rezeki

cik chinta said...

sangat minat kueh ni. kena try buat ni kan? praktis make perfect.

Yatie said...

akak dah beli kcng dhal yg baru smlm...he3..gara2 tngk magelek che mat lerrr jadi teringin nak buat sendiri ni....kalau jadi, adalah tayangan amal..kalau tak, dok diam2 lerrr..kih3..

Lily Jaafar said...

terus teringat ARWAH mak...:(
Nak belajar buat lah. Me kasih bang MG kongsi reseppi :)

Sis Lin said...

Hehehee tadi aku beli vadeiii India jual tepi jalan, tapi mata tak moh pandang dia kat belakang, kang geli plak nak makan... ;p

Beli rm3 dapat 12 ketul..siap ada 5 batang lada ijooooooo ;p

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.