BEN ASHAARI

Monday, April 23, 2012

MUSIM ITU DATANG LAGI....MOGA BERJAYA!

(Gambar Ihsan Dari Sini....)

Assalammualaikum, bukan entri masakkan tapi entri untuk teman dan sahabat handai. Musim itu datang lagi..Musim apa?..Musim Digi WWWOW Award. Bila mat tulis ni mesti ada yang tanya, CM tak join ke?.. Cukup lah tahun lepas tu. walaupun tak menang tapi berada antara yang terbaik pun syukur alhamdulillah. Mat berblog pun bukan ini yang mat cari, tapi jika sudah ketentuan Allah, kita tak boleh menidakkannya, betul tak?, tapi pada mat yang lepas tu sudah memadai. Untuk tahun 2012 ni Jiran mat Ben Ashaari turut tercalon, tak lupa juga Blogger Eqbal Z dan beberpa orang lagi untuk kategori Blogger Of The Year. Dan Kak Ida dari blog 1001 Resipi turut serta dalam kategori Fave Makan2 Expert. Moga mereka semua berjaya. Kita sama2 memberi sokongan ok...

Dan dalam masa yang sama, teman2 blogger masakan mula menghiasi dada2 majalah tersohor Malaysia, terbaru Puan Azlita Aziz yang begitu sinonim dengan blog Masam Manis beliau tersiar dalam majalah SAJi bulan Mei 2012. Secara jujur mat pelanggan tetap majalah ni dulu, ingat lagi keluaran pertama SAJI dengan modelnya aktress Sofea Jane. Tapi atas sebab2 yang buat mat tak puas hati, mat terus boikot SAJI, kisahnya di sini (walaupun pemohonan maaf telah dibuat.). Namun sebab ada teman blogger yang hebat di dapur menghiasi majalah tersebut, mat mengalahlah dan beli sebagai tanda kenang-kenangan. Terima kasih pada pihak2 media cetak yang mula sedar kewujudan kami blogger2 masakan.....

Oh yea sebelum mat akhiri entri ini, dan jika anda sudi untuk mengundi teman2 yang seperti mat sebut tadi, anda boleh lah berbuat demikian...

BEN ASHAARI ------- DI SINI

EQBAL Z --------------DI SINI

KAK IDA 1001 RESIPI-- DI SINI

Dan pada semua yang menyertai....moga anda semua berjaya!!... (^_____*) sama2 berdoa ok..

6 comments:

eqbalzack said...

semua hebat2 MG. saya buat kerja saya je, yg lain saya serahkan pada rezeki...

Mat Gebu said...

@ eqbalzack - takpe janji kita dah berusaha... ^__*

Ummi said...

Weeee, nampaknya blogger semua hebat2, macam2 pertandingan ada skrg eh...kita sebagai teman sentiasa memberikan sokongan padu.... Dan akhirnya Mat, ko telah tamatkan"ketulahan" untuk majalah SAJI yang pernah memeningkan otak ko dulu eks...xpalah, itu suka duka kita sebagai blogger, barang yg lepas jgn dikenang dan yang baik2 juga kita sambut mendatang.... Akak pun baru beli Saji semalam..hehe...

Selamat maju jaya kpd Ben Ashaari, Eqbal dan Kak Ida jugak...!!

Sunah Sakura said...

macam bunga sakura aje tuuu~

kkida @ 1001resepi said...

Assalamualaikum Mat,
mat memang seorang sahabat yang baik hati...walaupun kita tak pernah bersua, namun mat tetap beri sokongan pada kkida...terima kasih banyak-banyak mat...Allah jua yang akan membalasnya...:)

kakchik@ella said...

mati la tak tau nak sokong sapa. sume kwn2 baik kakchik tu cik mat. jom kita buat undi rosak nak? hahaha.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.