BEN ASHAARI

Tuesday, April 24, 2012

LEMAK PEGAGA IKAN MASIN....JOMM UNDI!!

rsz_dsc_4917

Salam siang semua, dah makan tengah hari?.. Patutnya hari ini mat ada appointment dengan En Doktor, tapi atas sebab2 (biarlah rahsia) ia ditunda ke hari Khamis...huhu, takpe lah Khamis pun Khamis lahhhh. Ok atas permintaan Bak (gelaran abah untuk orang Johor), mat masak lemak pegaga ikan masin. Pegaga tu kutip kat kebun. Masak lemak macam ni sinonimkan dengan orang2 Johor. Tapi negeri lain pun ada juga rasanya. Resipi ni mat guna tulang masin ikan sebagai rencah, tulang ikan kurau tu bukan lah tulang semata2, tapi ada isi2 ikan yang melekat sedikit. Selain ikan kurau, anda boleh guna apa juga ikan masin yang anda suka, ikan sepat boleh, ikan talang boleh, ikan kembong pun boleh. Takde masalah punya. Cuma bila masakan ada ikan masin, garam kita perlu berhati2. Sebab walaupun kita dah rendam ikan masin tadi, lama kelamaan garam akan keluar juga dan gulai kita akan jadi masin. Psttt....minta bantuan boleh, kalau sudi lah, klik sini sat....lepas tu jangan lupa VOTE.....mat tak dapat nak tolong apa2 cuma ni saja. dan untuk yang lain, anda boleh lihat entri ini. ...Terima kasih pada yang sudi ok. Jom resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram pegaga yang telah dibersihkan, kerat jika pegaga agak besar
5 - 6 keratan tulang ikan kurau masin, rendam
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci isi cekur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Toskan tulang ikan masin kurau, masukkan ke dalam periuk bersama2 bahan kisar halus, asam gelugor dan serai titik. Kacau dan masak sekejap. Biar mendidih dan tuang santan cair, kacau dan masak sekejap.
  2. Masukkan daun pegaga dan tambah santan pekat, perasakan dengan sedikit garam dan gula, kacau. Biar mendidih dengan api perlahan dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

13 comments:

Mas Michiko said...

SEDAPNYERRRRR... NAK SIKITTT... TERLIUR BTOL TGK!

Rozita said...

sedapnya...malas masak...nak sikit boleh?

ROSE said...

CMG....terima kasih sbb resepi ni...ada idea baru.....org utara rasanya xde resepi ni.....byk dah resepi CMG yg saya cuba sgt menjadi seperti sardin homemade, kuih2 and kek...terima kasih sbb share resepi yg menarik2....i will always follow ur blog....tq...

kakchik@ella said...

yeayy .. yeayy .. nanti kita nak buat. mekaceh cik mat.

Me said...

baru tau pegaga boleh masak lemak cenggini.. selama nie pegaga eden buat ulam mentah je.. boleh cuba.. kebun cenonet eden pun ada pegaga.. TQ utk resepinya ;)

saya gemuk saya comel..^^ said...

ikan masin masak lemak...auwwwww..sedapnyewww

i'mNOTmasterchef said...

wah cik mat! sedap gitu!

Kesuma Angsana said...

Tak tau pulak pegaga boleh masak macam ni nnti saya cuba.. selalu makan ulam mentah je. tq share recepi ni

elly norman said...

cik mat... ikan maasin tu kan.. napa dah rendam pon masih masin lagi ekk... habis masin kuah lemak kita... sian cik abang.. telan pon cam terpaksa jer... kesian ada.. klako pon ada..

Mat Gebu said...

@ ellt norman - tu lah pasal, garam kena jaga sangat kalau kita masak guna ikan masin...

Nazirah Azeman said...

kecur air liur.kene try nih

faa.rosli said...

uishh..cam sedap je..xpenah ag rase pegaga dimasak..selalu mkn jdkan ulam je..

elly norman said...

cik mat... tak letak garam pon... kuah dier masin sebab ikan masin tu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.