BEN ASHAARI

Monday, April 30, 2012

LAKSA JOHOR RESIPI WARISAN...

rsz_dsc_5940
Assalammualaikum, entri kali ni mat nak share Laksa Johor. Selain negeri2 lain yang mempunyai "Laksa" mereka sendiri, kami di Johor juga punya Laksa Johor yang agak berbeza sedikit dari negeri2 lain di Malaysia. Laksa Johor lazimnya dimakan bersama spaghetti dan menggunakan tangan (jangan tak caya!!), tapi tu dulu lah, sekarang dah guna sudu dan garfu. Mengikut cerita yang mat tau, laksa Johor ialah resipi fusion atau resipi gabungan antara tempatan dengan barat. Masa zaman pemerintahan Sultan Johor yang terdahulu yang mana baginda beristerikan wanita Inggeris. Jadi tu pasal laksa johor berkuah lemak dan pekat (sebab makan guna tangan) dan ber mi kan spaghetti. Kalau anda nak tau, ni pertama kali mat masak laksa Johor. Malu okeh, orang Johor tapi pertama kali buat laksa negeri kelahiran sendirik. Tapi sekarang Laksa Johor mudah didapati. Mengikut kata seorang kenalan mat. Kak Zura yang memang orang Johor tulen, di zaman dulu kala, kalau nak buat laksa Johor memakan masa 2 hari, ini kerana mereka mengguakan ikan parang sebagai salah satu ramuannya, selain udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin. Ikan parang dipanggang kemudian diasingkan isi dari tulangnya. Kena berhati2 sebab tulang ikan parang bukan sikit, tapi kus smangat, banyak!!!...Tapi untuk laksa ini mat guna ikan Japanese Mackeral, pun sedap. Resipi hasil dari gabungan beberapa resipi..

Satu lagi yang mat agak gagal dalam membuat laksa Johor ini ialah spaghetti tu, sepatutnya di "chap" atau digulung seperti sanggul. Tapi mat takde pengalaman nak "chap" spaghetti, tu yang jadi ala2 sanggul bidan terjun. Serius tak puas hati, tapi takpe lah lain kali akan dicuba lagi. Sorang teman bagi tau di FB, kalau nak chap spaghetti tu, masa ia masih panas. Dan ada juga yang sarankan mat guna garfu. Terima kasih pada mereka, nanti2 mat cuba ok. Selain tu ulam2 segar juga harus ada, dan yang utama hirisan daun keson, hirisan daun selasih dan kacang panjang (tapi mat guna kacang buncis). Selain tu hirisan halus timun, bawang besar dan taugeh. Limau kasturi juga wajib ada.

Satu lagi kemestian untuk laksa Johor, ialah sambal belacan. Yang ni mat pernah juga nampak ada yang buat sambal tapi tanpa belacan, hanya cili merah dan sedikit garam sahaja. Tapi mat buat seperti sambal belacan biasa, dan mat tambah cili padi merah. Membuat laksa Johor ni takde lah susah mana, cuma ia ada sedikit rumit, tapi tidak membebankan. Apa2 kerja sekali pun kita perlu organize agak ia lebih teratur dan tidak jadi kelam kabut (kononnn lah kan si mat tu, dia sendiri pun kelam kabut..hehe). Ok tu saja cerita pasal Laksa Johor, penat kan baca, takpe lepas ni kita lihat resipi pulak. Apa2 pun kalau sudi boleh lah VOTE di sini. Hanya sekali sehari sahaja untuk setiap pengundi.. Terima kasih atas jasa2 anda, mat hanya membantu setakat yang mampu, tu saja....

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR :-)
800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong
250 gram isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 camca besar kerisik
1/2 inci lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Kacang panjang, dihiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun selasih, hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, kemudian  di "chap" (dibuat sanggul)
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :- Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
  3. Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  4. UNTUK LAKSA JOHOR :- Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan2 ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk 4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba!!...

17 comments:

.:chEyaNtie:. said...

ya allah!serius rindu laksa johor.bertahun2 dah tak makan..huhu harus buat sendiri..tq CMG!

Junie Octovian said...

Akak cadang nak buat esok cuti Hari Buruh, che Mat dah buat dulu ye? Akak rujuk resipi Mat ajelah...maceh!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Aduh seyes nie betul2 buat mama betul ngences!!!
tq CMG :)

aDisH.sHidA said...

dah lebih 10 tahun x makan laksa johor 1st n last 10 tahun lepas gamak nya...zaman stdy....dah le xpandai makan...tak taruk sambal belacan pastu makan x habis..mbe gtau kena letak sambal belacan..dah letak sambal belacan..habis licin...

AzNuRuL AzMaN said...

dulu 4 tahun dok johor masa belajar tak pernah jumpa org buat laksa johor yg sedap..sampai kata ish tak sedap la laksa johor ni..

tapi bila tahun akhir gi raya rumah member area johor jugak..mak dia buat laksa johor..konon amik nak buat rasa je jaga hati tuan rumah..sekali waalllaaa tambah lagi..mmg sedap melampau mak dia buat..baru rasa sedapnya laksa johor sebenarnya..

agaknya kena makan kat rumah org kot..bahan semua cukup..makan kat kedai semua dicatu..rasa kureng sikit la...

Ujang9897 said...

laksa ada ikan..!! tak suka..hahaha

Rozuan Ismail said...

kalau laksa kelantan kuah dia mmg pekat jugak bersantan gamaknya ye

misshannajr said...

kalau dapat jamah time demam2 ni alangkag sedapnyaaaaa!!

MamaFaMi said...

Part nak ngerjakan ikan udang segala bagai tu yang mula mengundang kemalasan. Serious tau Mat, kalau rumah ko kat sebelah, memang mama tebalkan je muka, mintak semangkuk pun jadilah... nak bagi mak makan. Mama amek bau je pun tak pe... serious Mat!

noorhayati harun said...

yummy..Yatee org Penang tapi dah jadi trademark..coz setiap kali raya sure ramai yang request msk Laksa Johor..so xsah la if open house kat rumah yatee xd laksa johor..and Yatee and hubby sendiri suka mkn laksa johor nie..pekat & melekat..ermmm...rindu nak msk laksa johor...

Yatie said...

akak mmng orng Johor, tapi tulahhhhh lebih suka makan laksa Penang/laksa asam....tapi kalau depan mata, tetap ngappppp gak.....cuma jrng buatlah laksa johor ni...

aima said...

yang ku tunggu dah tiba, save link kat fb....kalau kat jhr gak mmg bwk mangkuk mcm mamafami dah.....huhu, peminat tegar laksa johor....

lemongrass said...

I pun nak join MamaFami gak, buat mulak tak malu ngendeng laksa johor Cik Mat satu mangkuk besar! Hahahaha...
I dulu makan laksa johor guna garfu and sudu, pastu nampak orang pure Johor mkn dgn jari, terkejut besar I. Heran sekejap, pastu baru tau, itu style cara makan yg asli, hehehe.

Mialia said...

my grandma makes the best laksa johor ever ^^ tpi laksa johor mmg trbaik la.. lksa lain xleh kalah.. haha.. kuah dia cecah ngn roti pn sdap.. perghh, penderaan ni.. haha

raja anis said...

ini recipe utk brp org mkn?

Nissa said...

terima kasih atas resipi.. dh try buat td.. menjadi..saya suka..

myvitaminjourney said...

thanks ya utk resepi..saya ni nama je orng johor.. tahu makan je..dah de resepi ni leh la wat t..