BEN ASHAARI

Thursday, April 5, 2012

KARI IKAN GAYA "GOA"

rsz_dsc_2040
Salam semua, baru dapat bersiaran, dari pagi tadi kurang lebih jam 11 pagi, bekalan elektrik takde hingga jam 5.30 petang. Mereka buat penyelenggaran, tapi nasib baik juga telah dibagi tau awal, boleh lah juga buat apa yang patut. Rumah mat kalau takde air, insya Allah ok lagi sebab water tank ada dan guna engine untuk salurkan air ke rumah, jangan masa takde air, letrik pun KO...memang masak leer aku gamaknya. Rumah lama dulu ada perigi, kalau dah darurat boleh gak guna. Jadi pepagi tadi mat dah masak. Ada ikan tenggiri, jadi bonda kata, buat kan kari cair udah leerr...Hmmm, teringat satu resipi dari Chef Wan yang pernah mat buat dulu, kari ikan gaya "GOA", tau tak GOA tu kat mana?..GOA ialah negeri terkecil di India, tapi paling kaya. Pernah dijajah oleh Portugis, anda boleh baca di sini. Kari ini tidak beberapa kuat dari segi rasa, tapi tetap sedap. Selain ikan tenggiri, anda boleh guna ikan merah atau ikan bawal juga sesuai...Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan tenggiri
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

6 comments:

Eny Yusnizar Abdullah said...

harus dicuba untuk mengimpresskan ibu mertua ku... thanksss CMG!!

Miss Nurul Atikah said...

sedapnyeee... kalau mkn dgn nasi panas lagi bezzzz!

Yas y said...

Nampak macam lazat jerr tu...tetiba terasa lapar la plak...
Lelaki Kacaksupport saya dlm entri ni boleh.

Sis Lin said...

Sedapnyaaa bauuuuuuu....

GOA: Gua (aku)
GOA: Gua (batu gua musang)

mcm2 Goa ye..hehehehhe

*GUA nak semangkuk le beb!!!! ;p

yana lyana said...

slrppppp!
meleleh air liur


:p

azmil said...

Alhamdullilah .. Akan Cuba masak guna resepi nie.. Mohon pinjam.. Tq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.