BEN ASHAARI

Saturday, April 7, 2012

IKAN CENCARU BAKAR & SAMBAL BELACAN TIDUR.

rsz_dsc_2423
Terakhir nak share ikan cencaru bakar, alah bukan bakar apa pun, cuma bakar bodo2 saja, lumur kunyit, garam dan sedikit bawang putih yang ditumbuk halus, bakar je macam biasa, kalau yang rajin boleh bakar guna bara api, kalau tak rajin macam mat gebu, dia bakar dalam kuali ajaib jee. Lepas tu makan dengan air asam yang mat campur budu, tang budu tu sapa tak makan, boleh abaikan. Nak makan dengan sambal kicap pun boleh. Selain dimakan bersama nasi, boleh juga diratah macam tu saja....ala2 meow. Budu tu nampak macam warna dia kelam je, sebab mat guna cili padi hijau dan campur sedikit yang merah. Kali ni guna cili padi yang dipetik dari pokok dibelakang rumah, kira cili kampung. Yang satu lagi tu sambal belacan...saja lah mat letak kat situ..dan kenapa pulak sambal tu nama sambal belacan tidur?... Ada leerrr sebabnya..

rsz_dsc_2459
Sambal belacan memang kena ada kalau anda menyajikan masak lemak putih dan tak lupa juga ikan masin atau ikan goreng. Hari ni memang sejarah betul lah sejak mat boleh menumbuk sambal belacan. Mat kan tak berapa ok, pala macam blurr2..macam nak demam pun ada. Tadi masa menumbuk sambal belacan (biasa tumbuk dilantai bersebelahan kabinet dapur), tah macam mana, mat boleh terlena, siap bersandar lagi tepi kabinet tu, tatau pesal punyalah mengantuk sangat dah macam kena pukau, konon sleeping beauty versi jantan leer..haha. Bila sedar baru nampak sambal belum halus, masih sedikit kasar, jadi terus sambung menumbuk hingga halus. Nasib baik lah tak kena giling cili ke, kalau tak mesti aku tidur sampai esok...Rasa tak payah letak entri pun takpe kan...hmm letak lah juga..

IKAN CENCARU BAKAR....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2-3 ekor ikan cencaru saiz sederhana, siang dan cuci bersih, tak payah buah kulitnya*
Sedikit serbuk kunyit*
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
Garam secukup rasa*(*disatukan, gaul rata2 dan perap 30 minit)
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Bakar ikan tadi atas api bara atau dalam non-stick pan. Boleh juga dibalut dengan daun pisang dan balut lagi dengan aluminum foil dan bakar dalam oven, guna suhu 200 C untuk 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan bersama air asam budu...

SAMBAL AIR ASAM "BUDU"....

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 cili padi kampung merah atau hijau
1 biji cili merah
3 biji bawang merah, hiris
3/4 inci belacan, dibakar
1 cawan jus asam jawa
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 - 3 camca besar Budu
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Tumbuk halus cili padi, cili merah dan belacan, masukkan bawang merah dan tumbuk sedikit hingga pecah. Alih ke dalam bekas, tambah jus asam jawa, budu dan juga jus limau kasturi. Kacau rata dan masukkan sedikit gula. Seimbangkan rasa dan jika ok boleh hidangkan.

SAMBAL BELACAN "TIDUR"...

BAHAN-BAHANNYA :-)
30 biji cili padi kampung
1 inci belacan, dibakar hingga wangi
Secubit gula
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Belahan limau kasturi sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Tumbuk cili padi, belacan dan gula hingga halus, kemudian masukkan jus limau kasturi dan kacau rata2. Rasa dan jika ok boleh alihkan ke dalam piring atau mangkuk kecil. Letak belahan limau kasturi tepinya, jika kurang masam boleh perah limau tadi sebelum dimakan...

6 comments:

saya gemuk saya comel..^^ said...

++..hoho..pengsannn..sedapnyeee

ijam ismail said...

bw here...

AimyAzeefAzfar said...

Hehe lawak la tumbuk sambal belacan tetido...janji sodap!!

Zurina Hj.Zainal said...

cnner boley tertido cik mat? ....x pe, jnji sedap kennnn....

Kjee said...

naper tak koling2? Boleh kjee tumpang golek2 sama2 kat atas lantai dapur awak. Kahkahkah

Eiyna said...

awat la tumbuk sambal smpai tertido? letih sgt ke che mat? keep up the good work ok ;-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.