Ok, entri akhir malam ni, yang biasa2 juga. Yang mudah dimasak. Tapi yang ni mat tak boleh makan, cuma masakkan sahaja....hmm tak pelah, janji boleh masak dan boleh buat entri blog.
Sambal sotong mat pasti ramai yang tau buat. Cuma gaya memasak dan bahan2 ada tu tak sama. Jadi apa salah berkongsi. Betul tak, waima sambal belacan sekali pun, tidak salah berkongsi di blog. Jangan pandang rendah, masih ada lagi orang yang kurang arif menumbuk sambal belacan!. Jadi apa2 yang kita masak, walaupun nampak cikai, nampak biasa2..mungkin tidak bagi orang lain. Itu cuma pandangan mat gebu. Dulu mat selalu fikir, nak masukkan sesuatu kat blog masak2, kena lah yang bess, yang sumthing different from others, ha kan dah aku sepiking...Lama2 fikir balik, kenapa perlu macam tu, blog kita punya, jadi letak saja lah apa2 yang kita masak, sekurang2nya boleh bagi idea pada mereka2 yang buntu. Jadi tak perlu risau lah....Jangan sebabkan berblog, jiwa kita jadi kacau...Jomm lihat entri pilihan DTS kali ini di sini. Terima kasih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram sotong, kerat dan cuci, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar kacang tumbuk
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Celur sekejap sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Panaskn minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Tambah sos cili dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa. Kacau dan biar pekat sedikit. Masukkan bawang besar dan kacang tanah. Gaul rata.
- Tambah sotong, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat. Hidangkan dan kalau suka boleh tabur sedikit kacang tumbuk atas sambal tadi...
10 Comments
assalam CMG menu ni memang la menjadi feberat saya selamanya. Tengok gambar dah terbau haruman sambal ni. SokongCMG 100% blog kita masuk aja apa yg kita nak.Tkasih kongsi resepi istimewa ni.
ReplyDeleteAssalam cmg..
ReplyDeletenampak sedap adanya kacang tu..kalau guna sotong rendam yg besar tu sesuai ke tak yer...t.q
@ faiz - yg tu lagi sesuai. Sotong kembang tu pun anda kena celur dulu sebelum masak..untuk buang rasa2 kapur dia...
ReplyDeletealahai cik mat...mmg feveret la sotong ni..
ReplyDeletesambal pun apatah lagi..
cuma jenis berkacang x penah cuba...okey!
masuk list lagik!
Memang betul CMG. Jgn terkejut kalau ade org google cara buat cekodok yg sedap pon...
ReplyDeletelapar la...hehe
ReplyDeleteWeeeyyyy sedapnya sotong letak kacang tumbuk...tp kita malas nak tumbuk kacang....tu la pasaaaiiii ^__^
ReplyDeleteni pun menarik!
ReplyDeletekena cuba jugak weekend ni..heheee
assalamualaikum cik mat....wah terliur tengok sambal sotong tu lapo rasanya...:)
ReplyDeleteade kacang yg xblh tahan tu,adoi sedapnya
ReplyDelete