BEN ASHAARI

Monday, March 26, 2012

SAMBAL SOTONG KACANG TUMBUK

rsz_dsc_0380
Ok, entri akhir malam ni, yang biasa2 juga. Yang mudah dimasak. Tapi yang ni mat tak boleh makan, cuma masakkan sahaja....hmm tak pelah, janji boleh masak dan boleh buat entri blog.
Sambal sotong mat pasti ramai yang tau buat. Cuma gaya memasak dan bahan2 ada tu tak sama. Jadi apa salah berkongsi. Betul tak, waima sambal belacan sekali pun, tidak salah berkongsi di blog. Jangan pandang rendah, masih ada lagi orang yang kurang arif menumbuk sambal belacan!. Jadi apa2 yang kita masak, walaupun nampak cikai, nampak biasa2..mungkin tidak bagi orang lain. Itu cuma pandangan mat gebu. Dulu mat selalu fikir, nak masukkan sesuatu kat blog masak2, kena lah yang bess, yang sumthing different from others, ha kan dah aku sepiking...Lama2 fikir balik, kenapa perlu macam tu, blog kita punya, jadi letak saja lah apa2 yang kita masak, sekurang2nya boleh bagi idea pada mereka2 yang buntu. Jadi tak perlu risau lah....Jangan sebabkan berblog, jiwa kita jadi kacau...Jomm lihat entri pilihan DTS kali ini di sini. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram sotong, kerat dan cuci, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar kacang tumbuk
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sekejap sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Panaskn minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tambah sos cili dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa. Kacau dan biar pekat sedikit. Masukkan bawang besar dan kacang tanah. Gaul rata.
  3. Tambah sotong, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat. Hidangkan dan kalau suka boleh tabur sedikit kacang tumbuk atas sambal tadi...

10 comments:

norhanim md zain said...

assalam CMG menu ni memang la menjadi feberat saya selamanya. Tengok gambar dah terbau haruman sambal ni. SokongCMG 100% blog kita masuk aja apa yg kita nak.Tkasih kongsi resepi istimewa ni.

faiz said...

Assalam cmg..
nampak sedap adanya kacang tu..kalau guna sotong rendam yg besar tu sesuai ke tak yer...t.q

Mat Gebu said...

@ faiz - yg tu lagi sesuai. Sotong kembang tu pun anda kena celur dulu sebelum masak..untuk buang rasa2 kapur dia...

Cida de' Nuanza said...

alahai cik mat...mmg feveret la sotong ni..
sambal pun apatah lagi..
cuma jenis berkacang x penah cuba...okey!
masuk list lagik!

wanie said...

Memang betul CMG. Jgn terkejut kalau ade org google cara buat cekodok yg sedap pon...

Jasman said...

lapar la...hehe

Ummi said...

Weeeyyyy sedapnya sotong letak kacang tumbuk...tp kita malas nak tumbuk kacang....tu la pasaaaiiii ^__^

mas saari said...

ni pun menarik!
kena cuba jugak weekend ni..heheee

maszull said...

assalamualaikum cik mat....wah terliur tengok sambal sotong tu lapo rasanya...:)

Peri PiA said...

ade kacang yg xblh tahan tu,adoi sedapnya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.