BEN ASHAARI

Friday, March 9, 2012

MENU UNTUK KANAK-KANAK..

Sup daging sos tiram
Huhu..perasaan malas melanda sudah. Kenapa lah agaknya. Takpelah, nak update sebelum tidur malam ni. Mat masak untuk budak2 siang tadi. Selalunya kalau hari Jumaat mereka balik awal. Mat keluarkan daging batang pinang dan timbang dalam 500 gram, hiris dan masak yang biasa2 sahaja. Tapi kali ni buat yang agak berkuah, seakan2 sup. Mat tambah 3 biji kentang. Sebab guna daging batang pinang, jadi tak perlu direbus, cukup masak dengan hingga kentang empuk dan dah siap. Budak2 ni seperti mat pernah tulis dulu, kalau mereka suka satu2 masakan tu, mereka nak yang tu saja. Kalau tak masak kicap, goreng kunyit, kalau rak pun rebus ala2 sup. Kita lihat resipi...Jom....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 inci halia, tumbuk halus*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
3 biji kentang, kupas, belah 8 dan rendam
1 camca besar penuh sos tiram
3 camca besar kicap pekat
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, potong kasar
Air secukupnya
Hirisan daun kucai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang puith dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam. Tumis sekejap. Masuk daging dan kentang. Gaul rata dan masak hingga daging berubah warna.
  2. Tuang air secukupnya (hingga tenggelam bahan2 tadi). Tambah kicap cair, dan daun sup. Kacau dan biar mendidih, masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair sedikit lagi. Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan... Kanak2 pasti suka, termasuk mak pak kanak2 terserbut... ^__^

11 comments:

Rozuan Ismail said...

ini bukan kanak2 saja yg suka ni.wan pon suka.hehe

dapurCikWan said...

nyum2... ;)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

smua orng suka ni :)

lieynanilaz said...

saya pun suka..haha.

Mawar said...

hahaha mintak izin copy yea CMG resepi yg menarik boleh try lg....boleh pelbagaikan lg resepi utk damia tapau pegi umah maknor nt..Wlaupon ari2 bwk sup tp rasanya berbeza..hehehe...

X Lupa Dot Com said...

shedapnyaaaaaaa..TQ share

Kalamhati said...

pcm..budak tua ni pun suka menu ni..hihihi

Shasha Catering said...

Wah! Sedapnya, saya suka sangat2 ni.
Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.

Maaf lama tak datang sebab kurang sihat.

~~zAnAfAhMi~~ said...
This comment has been removed by the author.
~~zAnAfAhMi~~ said...

silap komen pulak tadi, macam masak sup je nampaknya tapi takde rempah sup. boleh try utk anak ni..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cikmat..tq resepi ni.ala2 sup ...nmpk menarik ngan sos tiram sekali.nak cuba esok.