BEN ASHAARI

Saturday, March 31, 2012

LEMAK TAUGEH KASAR BERKUCAI

lemak taugeh
Salam semua, dari pagi tadi Sedenak hujan sampai sekarang. Hujan tak lebat tapi merenyeh, selalunya kalau hujan macam tu, lambat nak berhenti, langit pun tiada tanda mentari nenampak kan sinarnya. Takpe lah syukur alhamdulillah, hujan itu rahmat. Hari ni mat masak lemak taugeh kasar dengan kucai, sebab cuaca hujan, big boss kata ok lah masak lemak, kira ngam lah, ada ikan masin dan sambal belacan kira dah beres. Tapi mat ada masak satu lagi masakan yang teramat biasa di DTS ni, yang tu nanti2 lah mat masukkan dalam blog. Selain kucai mat letak juga tempe dan tauhu. Kalau anda tak gemar taugeh kasar, boleh ganti dengan taugeh biasa. Masak lemak kalau kami di Johor akan asingkan santan cair dan pekat, macam mat pernah cerita dalam entri2 terdahulu, santan pekat akan diletak kemudian dan dididihkan sebentar sahaja menggunakan api kecil sambil dikacau selalu. Jadi bila masak lemak siap, ia akan kelihatan pekat. Mungkin tempat2 lain juga punya teknik yang sama.. Kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram taugeh kasar @ taugeh soya, buang akarnya, cuci dan toskan
1 cekak kucai, kerat pendek2
2 keping tauhu, potong 4 setiap satu
2 keping tempe berbungkus daun, dadu besar2
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tempe, tauhu, udang kering tumbuk, hirisan bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk. Tuang santan cair. Masak hingga mendidih, kacau sekali sekala. Masukkan taugeh kasar, masak sekejap. Jika kurang kuah, tambah sedikit air.
  2. Tuang santan pekat dan masukkan juga kucai. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan secubit gula. Biar mendidih perlahan dan kacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin......Nak cerita pun malas lepas tu.....

4 comments:

kakchik@ella said...

nak duduk semeja makan bole tak cik mat? hehehe

Mat Gebu said...

@ kakchik - alaa, ai segan lahh...hahaha....

JIJI YU said...

berkucai tu ape eh

Sis-Lin said...

Salam Mat...

Hrni mau masak taugeh...kelmarin dh siap siang, beli rm1 punya la bnyk..hehehe

Tapi tang kucai anak aku x suka, aku letak daun bawang..huhuhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.