BEN ASHAARI

Tuesday, March 13, 2012

JOMMM KUE TEOW GORENG...

kueteowdaging 1
Morning semua..assalammualaikum, selamat bertemu kembali. Ini bukan entri baru, tapi 2-3 hari lepas punya. Letak saja lah. Sejak ni macam tak rajin dah naj berblog... Jemu dengan kue teow ke?.. Tapi mat suka, takpelah, yang jemu boleh lah larikan pandangan anda pada entri2 lain. Ini kira kue teow bidan terjun, letak apa yang ada saja. Dalam peti sejuk, cuma ada daging batang pinang, hmm, walaupun mat kena avoid daging atau boleh lah sekeping dua (saja nak sedapkan hati..konon2 lah), tapi mat letak juga, kang nampak kosong saja kan. Satu mat perhatikan, kalau kita goreng kue teow, mi kuning atau mi hoon dan jika letak kucai, rasa dia lain, aroma memikat dan ada rasa manis2 semulajadi. Kalau anda buat, boleh lah topup dengan udang, sotong dan fishcake, kasi lagi meriah. Ok, nak tulis banyak pun tak reti..macam blur2..kita lihat resipi jelah.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
200 gram hirisan daging batang pinang
1 cekak kucai, potong pendek
2 gengga, taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping tauhu, dadu dan goreng
3 camca besar kicap manis
1 1/2 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa (jika perlu)
2 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan air
Hirisan cili hijau untuk hiasan
Limau kasturi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan sos tiram, kacau dan tumis hingga cili garing. Tambah daging dan kacau rata, masak hingga daging kecut.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kemudian hancurkan dan gaul rata. Masukkan tauhu, kicap pekat, kicap manis dan air. Kacau rata dan masak hingga pekat.
  3. Tambah kue teow, gaul rata. Masukkan taugeh dan kucai, gaul hingga rata. Rasa dan jika kurang garam, renjiskan sedikit sos ikan. Gaul rata dan boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi..

12 comments:

fatin amalina husna said...

morning CMG..
sedapnya tgk..dh lama x mkn kuew teow nie..huk3..
pgi nie dpt srapan biskut ngan milo jaa..

Sari Yusa Ibrahim said...

suka sgt key teow, tak kiralah masak apapun mmg my fav, dari kecik smpi tua, hehe

Amie said...

morning mat... sedapnya sarapan kue teow! bubuh kucai memang sedap, betul ia ada aroma tersendiri untuk membangkitkan selera!

Abhamz said...

assalam, kena buat ni...anak2 saya mmg minat makan key teow....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Pagi Cik Mat..
mmg fav mee kat sini pun kalau dibandingkan mee kuning..yum3x

man yusoef said...

tak tau pasai pa...tapi memang kurang minat makan kuey teow nih...huhu

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

nak cobaaaaaa =)

Saya Disini said...

sedpnye

Chah said...

lama tak membebel kat sini...hi cik mat.. * itu je?

Cik FaRiZaM said...

sy tak berapa kuew teou tp kalau kuew teow kerang or char keuw teow mmg sy suka...sbb ada kerang.haha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

membuat air liur saya meleleh je..huhu.sedapnyer..

tempatkulawati said...

Esok pagi nak cuba masak untuk sahur.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.