BEN ASHAARI

Friday, February 17, 2012

ORANG SAKIT YANG MASAK...BOLEH LAAAHH..

rsz_dsc_7102
Salam semua, dah makan tengah hari?....Hari ni mat masak mudah, dan entri yang ini sebenarnya semalam punya. Tapi keadaan semalam memang tidak mengizinkan mat letak entri ini. Cuma sempat letak entri kek arora tu saja. Tajuk atas tu nampak macam sakit parah beno gayanya. Tapi memang sakit okeh, cuma dah beransur pulih. Malam semalam pi lagi urut dengan makcik power ranger's, dan kurang sikit dah sakit masa kena urut, cuma bila mat kata sakit, dia gedik2kan jari dia kat situ, hadoii...sakit gak, sakit2 sedap..boleh?...hahaha. Bercerita pasal entri ini, mat masak benda2 mudah saja semalam, kira cepat masak punya. Nak soping barang dapur belum boleh lagi, dah giann nihh...gian, kalau lalu kat Tesco, atau pasar basah, macam memanggil2 nama mat gebu jee..suruh singgah..grrr pakkal kaki sakit, kalau tak, siappp!!...Takpe sabarrrrr......


Ok semalam mat masak asam pedas ikan Barracuda.. Hoo apo bonda pulak Barracuda tu?. Ikan tu ada orang panggil ikan kacang. Arwah abang mat dulu selalu memancing laut, jadi dapat ikan ni saiz dia besar2 dan pada mat masak asam pedas atau kari memang sedap, lagi2 ikan segar. Yang sebelah dia mat goreng kacang panjang dengan udang, campur cendawan black fungus dan soo hoon. Kacang panjang tu petik kat belakang rumah, bukan mat tanam, tapi bonda yang tanam. Kacang ni bess, sebab jenis panjangggg...kalau pokok gemuk, setangkai kacang panjang boleh capai ukuran lebih dari 2 kaki...2 kaki tu berapa?. 1 kaki=12 inci, 2 kaki berapa?...pandai punn..24 inci...yang lebih tu pepandai lah tambah dalam 1 - 2 inci lagi....


Lepas tu seperti biasalahh beb...sambal belacan mesti ada, tak sah orang melayu tak de sambal belacan....ehh orang pranakan pun sama wajib ada sambal belacan juga...sori yea nyonya2 semua. Lepas tu kan, saja lah tekak ni, ternampak cencalok..Hoo cencalok, ehem ehem, mat...ooooo....mat, cencalok tu masinn, darah awak tu udah leerr tak stabil....hehe, ok lahhh faham, tapi mat cuci dulu cencalok tu bawah air paip, kemudian perah dan masukkan dalam bancuhan telur dadar. Oh yea, tu hari ada sorang di FB kata, dia buat telur dadar cencalok tapi rasa tak sedap. Ok let me put this way....perghhh henggeris lagi...haha, macam ni, anda jangan salah faham, cencalok juga memberi peranan penting dalam apa jua masakan yang kita gunakan cencalok. Selalunya mat beli cencalok yang rupa paras dia masih cerah dan bukan nampak lebam, pucat atau terlalu kemerahan. Satu lagi bila dan buka, simpan cencalok dalam peti sejuk. Untuk entri ini mat tak payah lah kan letak resipi, sebab dah biasa sangat...apa2 pun terima kasih atas masa anda..Dann, blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..

12 comments:

KOALAJEPONG said...

askum cmg...perrrggghhh...sy mmg salute dkt cmg...dlm duk sakit2 pon, byk lauk pauk yg dimsk....kalau sy time sakit2, masak kat kedai je la jwbnya...

Zurina Hj.Zainal said...

sehari x jenguk cmg mmg tak sah....ish3x....menu org sakit mengalahkan org yg sihat....sgt sedap....meleleh air liur akak!

Amy said...

Assalam En.Mat...? kata sakit...mak oiii..!!!!banyaknya lauk..En.Mat ni memang dalam kategori orang yang rajin...susah nak cari orang macam ni...
Kaki yang sakit tak baik lagi ke?..kat rumah ada tak minyak burung but-but...saya sendiri tak tau burung tu macam mana..tapi minyak tu elok untuk sakit-sakit terseliuh atau yang berkaitan dengan urat-urat...cuba cari minyak tu...

Jiejah @ Iza said...

asam pedas ikan barracuda?
saya suka asam pedas tp x kenal pulak ikan baracudda ,kejap lg nak google berkenalan ..

sakit pun masak mantopppp jugak CMG ni ,kalau saya dah nama sakit mmg x buat apa dah hehehe

Sunah Sakura said...

tak hagak2 jugak tu masak banyak sekali....da macam sihat da ni..hahaha

nur chahaya abadiey said...

salam en.mg..smoga cpt smbuh..

rajin larh en,mat nie..bertuah bonda..hehe

kakchik@ella said...

len kali kalo masak sedap camni, ajak la kita makan kat rmh. hihihi.

dadiecraft said...

mm.. buat perut ku lapar je.. td g luch.. x sabar nak blik rmh...

faa.rosli said...

org xsihat lagi terror masak dr org sihat..haha

sedapnya asam pedas ikan...

Rozuan Ismail said...

ini x macam org sakit je masak ni.huh

Mak Wardah said...

Salutee lebih dari spring...Salam perkenalan

ketikketok said...

Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.