BEN ASHAARI

Thursday, February 9, 2012

MOOD MASAK DAH MULA KARAM...HUHU..

rsz_dsc_6669
Assalammualaikum, salam petang....mood memasak dah mula karam, nak baking pun rasa tak kuasa, nak meroti pun rasa tak bess, takpelah biar masa menentukan. Petang ni nak sahre masakan tengah hari tadi. Hari ni musim sayur2ran kat rumah mat gebu. Sebenarnya sayur2 tu sedara mat bagi, jadi sayang, baik masak. Kita jadi manusia ni tak boleh nak cerewet sangat, yang ni tak makan, yang tu tak makan (kecuali atas sebab kesihatan). Mat perhatikan ada orang tak makan sayur ni, tak makan sayur tu. Allah jadikan sayur2 untuk kita makan pasti ada khasiatnya. Bukan lah nak kata apa, ada teman blog masak2 mat, dia menetap di Jepun sekejap dulu, anak2 dia suka makan sayur ala2 salad lagi, kira mentah. Cuba anak2 kita kat Malaysia ni, semua takmo, kalau masak satu benda tu nampak bawang atau sayur, siap susun tepi pinggan, elok jee...sebab tak makan, kerana tak biasa..hmm bukan nak kata sapa2, anak2 buah mat pun sama....gunalah apa2 tips sekali pun, bewarna-warni kaa, bentukkan macam buaya ke, macam beruk ke, kalau kata tak nak, mereka takmo jugaaa....penat kadang2 tu. Mat rasa mungkin kena biasakan dari kecil baru mereka ok agaknya. Hmm kiita lihat menu mat tadi, yang mudah dan ringkas saja.....


Sebab cuaca panas, mat tumis air pucuk manis dengan keledek saja, kalau masak lemak pun sedap, tapi macam tak berapa ok dengan cuaca panas. Anda boleh juga letak cendawan tiram atau hirisan putik jagung dalam tumis air pucuk manis tadi, lagi manis jadinya. Mat guna rencah udang kering. Yang sebelah tu sawi putih tumis dengan udang, yang ni atas permintaan bonda, tapi mat letak udang, sebab dah ada, kalau tak guna ikan bilis saja pun sedap. Masakan macam ni satu kelemahan dia, kalau dihidangkan sejuk, not nice, kalau dapat lepas masak terus hidangkan, baru lah ummphhh!!...


Lepas tu untuk anak2, seperti biasa kalau dah menu tu, ulang 25 kali pun dia tak kesah, nak yang sama gak. Apa lagi kalau bukan ayam masak kicap, hmm tak kesah lah janji nak makan. Ok ikan cencaru bakar tu mat punya...mat bakar 3 ekor, guna kuali je, tapi bukan sebarang kuali, sepesel punya u, memang memudahkan kerja, sambil buat keje lain, anda boleh bakar ikan, ayam atau apa saja lah, iyeaa atas dapur gas dengan api kecil sahaja. Kalau nak tengok boleh ke FB mat di sini, ada gambar dia..Dan seterussnyaaa....


Kalau dah ada lauk2 diatas, IBU dia mesti nak kena ada, apa lagi kalau bukan sambal belacan. Pada mat sambal belacan yang sedap bergantung pada kesegaran cili padi, belacan juga memainkan peranan yang penting, harus dibakar hingga harum sebelum digunakan. Satu lagi keseimbangan rasa pedas, masin, sedikit manis dan masam perlu ada. Paling sesuai gunakan limau kasturi, selain rasa dia sedap, aroma limau kasturi pun sungguh memikat selera. Untuk entri kali ni mat tak letak resipi, sebab ini semua mudah dan dah melambak resipi dia dalam DTS, kann...Pada semua, harap ia berguna.. dan sebelum mat akhiri entri ini, sudi2kan lah lihat entri pilihan DTS hari ini ---> disini... Terima kasih..

12 comments:

Faiz said...

Cik mat, rasa nak tergelak bila sampai part 'macam buaya ke, macam beruk ke' hhahaha

Ibu Darwisy said...

laparnyer...

Kalamhati said...

ni dah cukup meriah dah ni che mat..huhu lapoo

JAI said...

Bro..teruskan berkarya..cepat-cepat ambik mood..hehe. Saya rasa Bro kena try Cipta sesuatu yang baru masakan atau resipi mana yang rasa boleh menjadi. Contohnya try buat Cakoi topping dengan coklet ker..alah macam buat donut Big Apple & JCO tuh..tapi tak pasti Cakoi boleh ke idok pasal bila sejuk jadi kecut..

ROZILA said...

Salam CMG,

Teringat.... arwah mak suka masak lemak pucuk manis dgn keledek,telur dadar/ikan masin.Suka sangat.

sekrg kalau masak, suami kata tak sesuai kalau ada darah tinggi...

Jadi jarang-jaranglah beli dan masak.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cik mat bentukkan carrot mcm buaya ke?ehehe..anak saya pun buat bentuk bunga pun dia tak layan dah carrot.baik qila yg kecik tu mkn carrot.abang dan kakak takmo nak mkn.

saya admire kat kuali tu cik mat..adoii, kena cari ni

Anna said...

Mak aih En. Mat, kalau macam ni punya masak kira mood tengah karam, kalau tak karam, tak tau lah macamana punya meriah. Terliurnya, hantar sikit ke London pls.

minsal said...

Assalamualaikum.

Sedapnya hidangan Che Mat hari ni.Kami hari ni makan lauk tunjuk ja..
hu..hu..

Maryati said...

aduhai en MG,gelihati saya baca celoteh awak... tang buaya, beruk , tak tahan! hehehe lawak lahhhh....

faa.rosli said...

bestnye..meriah je lauk pauk.. adik2 faa pon cukup susah nak makan sayur..sayur secebis dlm maggi ayam pon dia buang..haish...

Sis-Lin said...

Huwaaaaaaaa aku majuk ni, ko masak byk2 tak hajak aku pun makan kat uma ko yek...sampai ke bukit indah bau sambal belacan tu...huhuhu

sedapnyaaaaaaaaaaa...*diet! diet!

kakchik@ella said...

nak beli gak la pembakar tu.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.